Bukit Aman telah menarik tugas dua anggota polis secara serta merta selepas kedua-duanya didakwa terbabit dalam kejadian gangguan seksual terhadap pemandu kereta wanita di dua sekatan jalan raya yang berbeza, beberapa hari yang lalu.
Artikel berkaitan: ‘Boleh Mencemarkan Imej PDRM’ – Polis Siasat Dakwaan Anggota Tanya Pasal Bra Di SJR
Artikel berkaitan: Viral Isu Dakwa Polis Hantar WhatsApp Nak Berkenalan Lepas Ditahan Di ‘Roadblock’, Ini Respon PDRM
Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, memberitahu bahawa tindakan tersebut dibuat ke atas kedua-dua anggota polis tersebut sehingga siasatan kes berkenaan selesai dijalankan.
Ingin dapatkan gambaran yang lebih jelas
Pihak polis pada masa ini sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh selepas kejadian berkenaan dilaporkan oleh dua wanita terbabit termasuk sudah merakam kenyataan daripada mereka. Dalam siasatan ini kami ingin mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang sebenarnya berlaku dan proses siasatan ini dijalankan secara telus dan teliti.
Pegawai dan anggota PDRM pula perlu bersikap profesional, tidak boleh berbuat sesuatu atau mengeluarkan percakapan yang tidak berkaitan dengan tugas rasmi yang sedang dijalankan pada masa bertugas.
Menurut Zamri, kes tersebut disiasat mengikut prosedur dalam penyiasatan termasuk mencari saksi lain atau rakaman yang dapat mengesahkan dakwaan berkenaan. Di samping itu, beliay berharap mana-mana pihak yang mengalami situasi yang sama untuk tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan dan tindakan sewajarnya dapat diambil.
Sumber: Berita Harian