berita

Bulu Kaki Masya Masyitah Jadi Sasaran Baru Netizen! Semakin Berani Tunjuk Perut

August 2nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Masya Masyitah

Penyanyi Masya Masyitah terus mengunci mulut sehingga hari ini dan tidak memberi sebarang penjelasan berhubung tindakannya menanggalkan tudung sejak Ahad lalu.

Artikel Berkaitan: Masya Masyitah Tampil ‘Freehair’, Netizen Kecam Hebat & Sepakat Unfollow -‘Hanyut Dikejar Dunia’

Artikel Berkaitan: Nabila Huda Tak Kenal Masya Masyitah, Netizen Terhibur -‘You Win Kak!’

Pakai crop top

Masya Masyitah

Bagaimanapun, Masya dilihat ada memuat naik perkongsian terbaharu di Instagram yang memaparkan dirinya mengenakan baju jaket serta seluar jenis denim yang dipadankan dengan baju jenis crop top berwarna putih di bahagian dalam.

Menerusi hantaran tersebut, penyanyi berusia 23 tahun itu dilihat sedang ‘berposing’ dengan melakukan beberapa gaya sambil duduk bersila di atas lantai.

Bulu kaki

Masya Masyitah

Jika sebelum ini rambut berwarna merah jambu ala Barbie menjadi topik bualan, namun kali ini netizen menyasarkan pada bulu kakinya pula yang dikatakan tebal dan tidak bercukur.

Meskipun Masya mengenakan seluar panjang, namun bahagian betisnya terdedah sedikit membuatkan bulu kakinya jelas kelihatan.

Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas bercakap mengenai hal yang sama dan ada segelintir mereka yang akui terhibur.

Dalam pada itu, ada juga wargamaya yang mengatakan pelantun lagu Halimunan itu semakin ‘berani’ apabila mula menayangkan perut dan pusatnya.

Sementara itu, masih ada wargamaya yang terus mendoakan agar Masya kembali bertudung semula.

Terdahulu, Masya atau nama lengkapnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik beberapa foto tidak lagi mengenakan hijab di Instagram miliknya pada Ahad.

Tindakannya itu telah mendapat kecaman bertalu-talu daripada wargamaya sehingga ada yang sepakat untuk ‘unfollow’ Masya di media sosial.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×