berita

Bunga Citra Lestari Bincang Dengan Keluarga Ashraf Sebelum Tukar Nama Instagram

February 10th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Penyanyi dan juga pelakon kelahiran Indonesia, Bunga Citra Lestari mendedahkan tindakan menukar nama di akaun Instagramnya merupakan satu keputusan paling sukar yang pernah dilakukan dalam hidupnya.

Artikel Berkaitan: Tiada Lagi Nama ‘Sinclair’ Di Instagram Bunga Citra Lestari

Artikel Berkaitan: Ibu Ashraf Sinclair Restu BCL Nak Nikah

‘Keputusan bersama’

Menerusi laporan Hot Detik, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra disapa BCL mengakui sebelum menukar nama di Instagramnya, dia sudah berbincang terlebih dahulu dengan keluarganya serta keluarga Ashraf.

Ya, baru-baru ini saya padamkan nama itu untuk guna nama saya sahaja. Orang kata awak kena hormati (kerana nak mulakan hidup baru).

Tetapi ketika itu kita masih melalui tempoh berkabung jadi ia adalah satu agak lama.

Saya juga berbincang dengan keluarga dan keluarga Ashraf sebelum membuat keputusan itu. Ya, ia adalah keputusan bersama.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut memberitahu bahawa agak sukar untuk menukar nama tersebut kerana Instagramnya itu sememangnya menjadi saksi kepada sejarah hidupnya bersama Ashraf.

Adalah perkara paling sukar untuk melepaskan sesuatu, kerana di Instagram cerita itu ada bersamanya.

Menurut Bunga, dia perlu melalui beberapa proses yang agak panjang untuk menukar nama tersebut, malah dia juga terpaksa menghubungi orang di Instagram berhubung masalah ini.

Tambahnya lagi, dia tiada dokumen lain yang menggunakan nama Ashraf dan Instagram merupakan satu-satunya nama Ashraf yang digunakan.

Ya, prosesnya agak lama, kerana anda perlu menghubungi orang Instagram untuk itu.

Tidak, tiada dokumen lain, hanya Instagram sahaja.

Untuk rekod, BCL dan Ashraf berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang anak iaitu Noah yang kini berumur 13 tahun.

Sehinggalah pada 2 Disember lalu, BCL selamat mendirikan rumah tangga dengan Tiko yang juga seorang duda di sebuah resort di Bali selepas hampir empat tahun bergelar ibu tunggal

Sumber: Hot Detik

SKIP THIS AD ×