Gambar sekadar hiasan
Bekas pemain ragbi Sabah bakal berdepan dengan hukuman mati mandatori selepas didapati bersalah membunuh adik kandungnya sendiri.
Artikel Berkaitan: Gara-Gara Nampak Tompok Darah Pada Pakaian, Abang Bunuh Adik Kerana Sangka Buat Hubungan Seks
Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, walau bagaimanapun tertuduh, Arden Mattson Maturin, 26, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan ketika prosiding dilakukan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.
Namun, mahkamah menetap 14 Jun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes selepas majistret memaklumkan tiada pengakuan direkodkan pada Jumaat kerana kes berkenaan terletak di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Pada 4 Mei yang lalu, Arden didakwa membunuh adik perempuannya, Audrey Maturin, 25 di sebuah rumah di Jalan Signall Hill kira-kira jam 3.30 petang.
Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri dengan kesan darah pada bahagian muka oleh pihak polis.
Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal kemudiannya telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi mendapatkan rawatan namun, disahkan meninggal dunia pada 6 Mei yang lalu.
Atas kesalahan itu tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
Sumber: Harian Metro