berita

Bunuh, Bakar Ibu Mentua Selepas Dituduh Jalin Hubungan Sulit Dengan Bapa Mentua

November 2nd, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Ahmedabad Mirror

Seorang wanita di India bertindak menetak kepala ibu mentuanya selepas dituduh mempunyai hubungan sulit dengan bapa mentua.

Nikita Agrawal, 29 tahun, menggunakan sebatang besi sehingga menyebabkan kepala mangsa, Rekha Agrawal, 52 tahun, pecah sebelum mencuba untuk bakar mangsa untuk sembunyikan kejadian, di Gota, Gujarat, India, baru-baru ini.

Berang dituduh mempunyai hubungan sulit

Foto: Ahmedabad Mirror

Pegawai Polis Sola berkata, suspek bertindak di luar kawalan apabila mangsa menuduh kehamilannya hasil daripada hubungan sulit dengan bapa mentuanya. Kejadian itu berlaku apabila Nikita dan Rekha tinggal sendirian disebabkan bapa mentuanya, Ramnivas berada di hospital selepas disahkan positif Covid-19. Suaminya, Deepak, pula berada di luar daerah kerana urusan perniagaan.

Kejadian itu disedari Deepak selepas ayahnya meminta untuk pulang ke rumah segera selepas jirannya memaklumkan terdengar pergaduhan antara Nikita dan Rekha. Dia terkejut melihat ibunya terbaring dengan berlumuran darah dan sebahagian pada badannya terbakar.

Suspek mengaku menutup mayat mangsa dengan cadar lalu membakar cadar tersebut selepas menetak kepala mangsa dengan besi.

Sumber: Ahmedabad Mirror

SKIP THIS AD ×