Isteri kepada penyanyi popular, Datuk Hattan iaitu Datin Arianie Abidin mendedahkan ada menerima ugutan bunuh dan santau susulan insiden suaminya itu ‘sekolahkan’ seorang pembaca berita baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Tak Tahu Tengah Live’ – Rakan Hattan Jelaskan Situasi Sebenar
Artikel Berkaitan: ‘Dalam Masa 24 Jam Semua Kemewahan Boleh Hilang Sekelip Mata’ – Hattan Pesan Jangan Jatuhkan Air Mata Seorang Ibu
Artikel Berkaitan: ‘Kau Ingat Artis Ni Binatang Ke?’ – Hattan Geram Ustazah Viral Hina Artis, Minta Fikir Sebelum Bercakap
Mangsa kecaman
Menerusi hantaran di Instagram Stories (IG Story), Arianie berkata dia dan suami telah menjadi mangsa kecaman netizen selain dihina, diugut dan dilemparkan dengan kata-kata yang kurang sopan.
Tentang kes suami sis (Arianie) yang viral, dikecam, dihentam, dicaci dimaki, disumpah, diugut daripada netizen yang sangat mulia dan baik budi bicara.
Walaupun ramai yang kata bagi la pencerahan tapi bagi sis tak perlu kot sebab sis perhati kalau sis berkata-kata pasti ada yang cakap “ala suami dia, mestilah dia pertahankan”.
Tidak apa lah biarlah sis simpan cerita sebenar. Hanya keluarga dan sis sahaja yang kenal dia.
Menangis baca komen
Dalam pada itu, Arianie turut mendedahkan bahawa pelantun lagu Mahligai Syahdu itu tidak pernah membaca segala komen yang ditinggalkan netizen, sebaliknya dia yang mengawal aktiviti di media sosial suaminya itu.
Menurut Arianie lagi, air matanya jatuh setiap kali membaca komen negatif yang dilemparkan oleh warganet.
Untuk pengetahuan semua, saya yang jaga IG suami dan saya yang private IG dia. Suami tak baca pun komen. Menitik juga air mara sis bila baca komen-komen.
Tetapi sebagai isteri, saya kena kuat dan sentiasa berada di belakang suami. Walau apa pun jadi, baik atau buruk, dia suami saya.
Semoga semua ambil iktibar, tiada yang sempurna, setiap manusia ada buat kesalahan. Jangan komen sehingga menimbulkan fitnah.
Mesej ugutan
Sementara itu, Arianie turut memuat naik beberapa tangkap layar yang memaparkan mesej ugutan yang diterimanya.
Terdahulu, nama Hattan panas dan menjadi bahan bualan netizen di media sosial selepas insiden menempelak penyampai berita Astro Awani kerana mendakwa tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan kepadanya.
Soalan diajukan kepada penyanyi itu susulan pemergian vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael yang menghembuskan nafas terakhir pada 27 April lalu.
Sumber: Instagram