berita

Bunuh Kucing Dobi Dalam Mesin Pengering, Pekerja Kontrak Meringkuk 34 Bulan, Didenda RM40k

November 5th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pada September tahun lepas telah viral satu rakaman CCTV yang menunjukkan perlakuan tidak berperikemanusian tiga lelaki yang membunuh kucing bunting. Mereka membunuh kucing tersebut secara kejam dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di dobi layan diri.

Salah seorang suspek telah berjaya dihukum penjara 2 tahun pada awal tahun ini. Terbaru, menerusi Harian Metro, seorang lagi suspek turut telah dihukum penjara 34 bulan dan denda sebanyak RM40,000.

Penjara 34 bulan & denda RM40,000

Suspek, K Ganesh yang bekerja sebagai pekerja kontrak dijatuhkan hukuman penjara dan denda oleh Hakim Rasyihah Ghazali di Mahkamah Seksyen Selayang. Hal ini berikutan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Mahkamah turut memerintah agar hukuman bermula pada hari ini dan penambahan penjara empat bulan jika gagal membayar denda itu.

Pengajaran kepada masyarakat

Nur Hafizah berkata keputusan dibuat selepas mahkamah mendengar dan meneliti keterangan semua saksi pendakwaan dan pembelaan secara maksima serta hujahan lisan oleh kedua-dua pihak.

Mahkamah mengambil kira tertuduh adalah individu yang memasukkan kucing ke dalam mesin pengering pakaian dan bertindak mengunci haiwan itu ketika kejadian.

Hukuman yang diberikan ini diharap dapat memberikan pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak menzalimi haiwan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×