berita

Bunuh Pelayan Guna Bom Buatan Sendiri, Pasangan Suami Isteri Didakwa

January 16th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Sepasang suami isteri didakwa atas pertuduhan membunuh seorang pekerja restoran menggunakan bom buatan sendiri, di Mahkamah Majistret Ampang pagi tadi (Isnin).

Artikel Berkaitan: Dipercayai Letupkan Tukang Masak, Suami Isteri Ditahan Polis

Artikel Berkaitan: Pekerja Restoran Maut, Bungkusan Plastik Atas Kereta Tiba-Tiba Meletup

Didakwa membunuh

Tertuduh Khor Swee Boon, 33, bersama isterinya, Ng Hui Yee, 30, mengangguk faham dengan tenang semasa pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Normaizan Rahim.

Menurut fakta kes, pasangan suami isteri berkenaan telah menyebabkan kematian seorang lelaki dikenali Cho Lim Fong, 29, dengan meletupkan bom yang ditinggalkan pada kenderaannya di hadapan sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 1/22, Pandan Indah pada 29 Disember lalu.

Bukan itu sahaja, ketika prosiding berlangsung, peguam bela mereka, RSN Rayer, telah memohon budi bicara mahkamah untuk membenarkan Hui Yee diberi jaminan mengikut Seksyen 388 Kanun Acara Jenayah dengan alasan tertuduh merupakan seorang wanita dan perlu menjaga dua orang anaknya.

Bagi tertuduh lelaki, saya tidak boleh membuat permohonan untuk jaminan. Namun, mahkamah ada budi bicara untuk membenarkan jaminan kepada isterinya.

Tertuduh tiada risiko untuk melarikan diri dan mengganggu saksi kes ini, selain setuju syarat tambahan seperti melaporkan diri di balai polis berdekatan jika diberi jaminan. Majistret sebagai wanita wajar memberi pertimbangan dan membenarkan permohonan jaminan berkenaan.

Bagaimanapun, jika disabitkan kesalahan, pasangan berkenaan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 35 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×