berita

Bunuh Teman Lelaki Paksa Lakukan Hubungan Seks, Remaja Perempuan Berdepan Hukuman Gantung

September 29th, 2022 | by Ain Rabbiyatul
Kini Trending

Seorang remaja perempuan, Sim Hui Ying telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya, minggu lalu.

Artikel Berkaitan: Berang Minta ‘Putus’, Remaja 19 Tahun Tekup Muka Teman Wanita Dengan Bantal Hingga Mati

Artikel Berkaitan: Tolak Ajakan Berasmara, ‘Andartu’ Maut Dibunuh Kekasih 19 Tahun

Bunuh dengan niat

Difahamkan, tertuduh bertindak demikian kerana menolak kemahuan kekasihnya, Yap Kelly, 29 tahun, yang mahu melakukan hubungan seks tanpa kerelaan di sebuah hotel di Taman Mount Austin, Johor Bahru pada 20 September lalu.

Tertuduh, Sim Hui Ying yang berusia 19 tahun mengangguk faham sebaik sahaja pertuduhan dibacakan. Walau bagaimanapun, tiada pengakuan yang direkodkan oleh tertuduh.

Mahkamah telah menetapkan 6 Disember depan tarikh untuk sebutan semula bagi kes penyerahan laporan bedah siasat dan kimia. Oleh itu, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×