Pelawak, pelakon dan pengacara Harith Iskander pernah diiktiraf sebagai manusia paling kelakar di dunia apabila memenangi pertandingan Funniest Person In The World yang berlangsung di Hullu Poro Arena, Levi, Finland, pada 2016.
Artikel berkaitan: ‘Happy Birthday B*Bi..’ – Ucapan Birthday Ayah Dua Lipa Jadi Ejekan Netizen Malaysia
Baru-baru ini Harith ada memuatnaik satu tweet yang membuatkan pengguna laman sosial Twitter tidak berpuas hati dengannya. Malahan ada yang berang dengan tweet berkenaan.
Berkait ucapan hari jadi ayah Dua Lipa
Sebelum ini netizen berbalah apabila ada segelintir pengguna media sosial mengejek ucapan ‘Happy birthday babi’ oleh penyanyi antarabangsa, Dua Lipa buat ayahnya. ‘Babi’ bermaksud ayah dalam bahasa Albania itu membuatkan penyanyi berkenaan menukar kapsyennya kepada bahasa Inggeris setelah ‘diserang’ netizen Malaysia.
Insiden itu mengundang Harith untuk menghantar tweet yang antara lain bermaksud rakyat Malaysia patut lebih kisah tentang nama yang diberikan ayah penyanyi itu. Katanya nama Dua Lipa berbunyi seperti dia lupa sesuatu untuk dua kali atau ‘dia lupa’.
‘Dua’ bermaksud cinta dalam Albania
Seorang netizen, Faiz Yahaya meluahkan rasa kurang senangnya terhadap tweet pelawak itu. ‘Dua’ bermaksud cinta dalam bahasa Albania dan penyanyi itu mula menyukai namanya apabila dia mula menjadi artis. Ketika membesar di London, penyanyi yang terkenal dengan lagu New Rules itu merasakan namanya kedengaran aneh.
Faiz juga meminta supaya lawak berkenaan nama seseorang patut dihentikan kerana kita sudah menjengah tahun 2018. Sebelum ini seorang pengacara mempersenda nama pelari pecut Watson Nyambek sehingga digantung tugas. Ujarnya lagi, kita tidak patut mempersenda apa yang tidak difahami namun mungkin bermakna untuk orang lain.
Sangat kecewa dengan Harith
Ada pengikut Harith yang mengatakan tweet berkenaan seperti tidak menghormati penyanyi itu. Dia juga nyata kecewa dengan apa yang dilakukan Harith.
Inilah sebab Malaysia ketinggalan
Tak biadap, tapi hambar
Ada juga berpendapat tweet Harith itu tidaklah biadap seperti diperkatakan, cumanya ia agak hambar atau lawak yang tidak menjadi.
Sumber: Faiz Yahaya , Harith Iskander