berita

Burger Gergasi RM3k Sebesar Bola Sepak Sempena Pertabalan Maharaja Jepun

April 2nd, 2019 | by Ai
Kini Trending

Mudah disediakan, dan rasanya yang sedap, burger antara makanan yang menjadi kegemaran orang ramai dari seluruh dunia. Di Tokyo, Jepun, menu burger menjadi pilihan untuk disajikan sempena pertabalan maharaja baharu di negara itu.

Bersaiz sebiji bola sepak

Bermula hari ini, sebuah restoran terkenal, Oak Door Steakhouse di Tokyo mula menjual sajian hamburger daging wagyu yang bersaiz sebiji bola sepak. Burger tersebut dijual dengan harga 100,000 yen (RM3,684.73) dengan beratnya sebanyak tiga kilogram.

Selain itu, burger tersebut disedikan oleh Cef Patrick Shimada yang bertugas di restoran tersebut. Menariknya lagi, burger itu dianggarkan berukuran 25 sentimeter yang dilapisi kepingan hati itik, hirisan daging lembu Jepun dan kulat trufel yang diparut. 

Meraikan maharaja dan era baharu

Menurut Patrick, penghasilan burger gergasi itu adalah sebagai satu usaha untuk meraikan maharaja dan era baharu di negara mereka.

Kami mahu melakukan sesuatu sebagai meraikan maharaja dan era baharu untuk Jepun. Ia menjadikan saya lebih dekat dengan darah Jepun yang saya warisi.

Menyediakan hidangan ini dengan cara Amerika menggunakan bahan-bahan dari Jepun, ia tidak ubah meletakkan diri saya di dalam roti bun.

Pada 1 Mei depan, Jepun akan mengadakan hari pertabalan Putera Nahurito dan meraikan era baharu iaitu Era Reiwa. Menu burger gergasi ini akan dijual sehingga akhir bulan Jun 2019.

Sumber: Mirror

SKIP THIS AD ×