Ketika perintah kawalan pergerakan sekarang, ramai yang mengambil peluang mencuba resepi baru sementara menghabiskan masa terluang di rumah. Pengguna Facebook Atiqah Azis yang cuba membuat burnt cheesecake bagaimanapun terkejut dengan hasilnya yang kelihatan cukup ‘unik’ bentuknya.
Tengok kejadiannya, terus rasa kenyang
Menurut Atiqah setelah balik dari kerja dia teringin mencuba kek keju yang viral berkenaan. Resepi asal menggunakan whipping cream kemudian ditukar ke full cream. Namun tidak dapat dipastikan punca sebenar atas hasil kejadian aneh kek berkenaan.
Netizen terhibur
Hasil kek dihasilkan Atiqah itu nyata membuatkan pengguna Facebook lain dan menyamakan dengan pelbagai komen lucu, berdasarkan pandangan masing-masing. Tidak sedikit juga yang terhibur dan ketawa melihatkan hasil air tangan wanita itu.
Jerawat ke bisul?
Macam kanser nenen
Cuba tahan gelak tapi gagal
Sumber: Atiqah Azis