berita

Buruh Binaan Maut Jatuh Dari Menara Masjid Disyaki Akibat Mengantuk

March 2nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang buruh binaan dipercayai mengantuk dan tertidur sehingga menyebabkan dia terjatuh dari ketinggian puncak negara masjid lalu meninggal dunia ditempat kejadian.

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Lelaki Maut Dari Tingkat 14

Artikel Berkaitan: Terjatuh Dari Tingkat 11, Kanak-Kanak 12 Tahun Patah Tangan Kiri

Mengantuk kerana main telefon

Gambar sekadar hiasan

Insiden yang berlaku di Sulawesi Barat, Indonesia itu disaksikan oleh penduduk tempatan dan seorang rakan sekerja mangsa. Lelaki tersebut mendedahkan bahawa rakannya ketika itu sedang berada di bahagian atas masjid untuk memulakan proses mengecat.

Kira-kira 15 minit kemudian dia mendapati mangsa tiba-tiba jatuh dari puncak menara masjid pada ketinggian 10 meter. Dia turut menyatakan bahawa dia sempat mengapai tangan rakannya untuk membantu namun rakannya terus jatuh terbaring berlumuran darah.

Menurut dakwaan, lelaki tersebut mengesyaki rakannya tertidur ketika bekerja akibat berjaga malam sehingga jam 3 pagi sambil bermain telefon bimbit.

Ketua Polis menyatakan mangsa telah dikejarkan ke hospital namun tidak berjaya diselamatkan dan mayat mangsa akan dikebumikan di kampung halamannya.

Ketika ini pihak berkuasa telah meneliti tempat kejadian untuk mengumpul bukti serta maklumat daripada saksi bagi mencari punca sebenar insiden berkenaan.

Sumber: Kompas.com 

SKIP THIS AD ×