Dewasa ini terdapat pelbagai busana muslimah yang direka dengan potongan moden, bersesuaian dengan peredaran zaman masa kini. Ini membuktikan bahawa tiada batasan untuk wanita muslimah tampil menarik dan style dengan fesyen terkini asalkan tetap berpegang teguh pada batas-batasnya.
Busana kaftan merupakan pilihan kebanyakan wanita muslimah masa kini. Ini kerana potongannya yang sopan dan menarik mampu memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya. Disamping itu, ia turut sesuai digayakan dalam pelbagai majlis keramaian dan amat fleksible untuk semua lapisan umur.
Pada dasarnya, busana kaftan ini berasal dari Timur Tengah, Maroko, dan ciri-ciri khas yang dimiliki oleh busana kaftan ini adalah long dress yang direka dengan kain berlebih pada lengan hingga membentuk formasi seperti sayap dan hiasan berpusat pada bagian dada dengan pelbagai variasi. Biasanya material yang digunakan adalah fabrik sifon dan silk sutra.
Di Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza merupakan salah seorang artis wanita yang gemar menggayakan busana kaftan dan di sini pihak OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto Dato’ Siti mengenakan busana kaftan untuk tatapan peminat OHBULAN!
Busana kaftan berona unggu terang ini kelihatan sangat cantik sekali apabila dipadankan dengan perincian jemeki berona silver yang direka sedikit sarat dibahagian atas. Disamping itu, susunan jemeki yang bermotifkan flora bersaiz besar dibahagian dada menyerlahkan lagi penampilan dan keanggunan Dato’ Siti Nurhaliza.
Busana kaftan rekaan Rizman Ruzaini berona merah ini mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Perincian jemeki berona putih silver yang sedikit sarat dibahagian leher menaikkan lagi pesona dan keperibadian Dato’ Siti.
Busana kaftan berona hijau gelap yang digayakan oleh Dato’ Siti ini kelihatan sungguh cantik dan menarik. Susunan jemeki bermotifkan flora di bahagian dada dan pinggang menonjolkan lagi kejelitaan dan keayuan Dato’ Siti.
Bagi individu yang gemarkan style muslimah moden, anda boleh menggayakan busana kaftan ini untuk ke majlis-majlis keramaian. Pastinya kehadiran anda akan memukau setiap mata yang memandang.
Kredit Foto : Rizman Ruzaini