berita

‘Busuk Hati Betul!’ – Ustaz Selebriti Tak Puas Hati Ustaz Ebit Lew Beri Sumbangan Covid-19?

March 26th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 susulan angka kematian Covid-19 yang semakin meningkat. Arahan itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media tergempar semalam.

Sepanjang tempoh gelombang kedua ini, ramai individu turun padang menghulurkan sumbangan buat mereka yang memerlukan antaranya petugas kesihatan, polis dan tentera. Namun tindakan Ustaz Ebit Lew turun padang memberikan bantuan mengundang rasa kurang senang segelintir pihak. Dakwa mereka Ustaz Ebit Lew hanya mengejar populariti.

Ada ustaz dengki, cemburu, tidak puas hati

Sedih dan terkilan dengan golongan yang dikatakan agamawan ustaz atau Pencetus Ummah (PU) yang mempertikaikan usaha murni Ustaz Ebit Lew. Sedih tengok ustaz-ustaz pun ada juga yang ingin menjatuhkan satu sama lain. Yang menyokong Ustaz Ebit masyarakat awam, gelandangan, mak nyah LGBT dan budak-budak rempit. Bukan masa Covid-19 ni Ustaz Ebit tolong macam ini, sebelum ini pun dia dah tolong orang susah bawah jambatan gelandangan.

Saya dah follow Instagram, Facebook Ustaz Ebit lebih 6 tahun. Sedih bila ada kawan bagi tahu ada ustaz yang agak terkenallah duk mengumpat Ustaz Ebit dalam group whatapps ustaz-ustaz, malaslah nak sebut nama ustaz tu. Biarlah dia dengan Allah. Cuma nak bagi tahu memang benar ada ustaz yang dengki, cemburu, tidak puas hati dengan Ustaz Ebit. Sedihkan ustaz-ustaz pun ada juga yang dengki.

Tak perlulah membuka ruang fitnah

Buat golongan yang dikatakan agamawan jagalah imej Islam yang dibawa itu. Tak perlulah membuka ruang fitnah, ruang untuk orang membawang. Kemanakah kesan ilmu agama yang dipelajari kalau begini sikapnya. Kalau tidak puas hati boleh direct terus kepada Ustaz Ebit. Sebagai ustaz, tunjukanlah akhlak yang mulia kepada masyarakat bukannya mengumpat menyokong untuk menjatuhkan orang.

Tentang kawalan pergerakan kalau dia tak dapat kelulusan takkanlah dia boleh bergerak sana sini. Walhal polis sendiri yang iring. SOP pun dia ikut pakai mask, pakai glove. Tempat dia pergi pun tempat yang ada KKM. Kalau tak boleh dah lama KKM halang.

Ustaz pun penat dia buat kerana memikirkan mereka yang bertugas kesian dengan mereka yang bertugas nak beri keselesaan buat mereka yang berkorban. Lagipun duit hasil sumbangan orang ramai juga dia buat video nak tunjuk kemana pergi duit tersebut untuk menjadi contoh yang baik juga.

Kenapa Ustaz Ebit Lew je yang di aim?

Dr Zul, Menteri Agama dan ustaz lain pun ada juga yang memberikan sumbangan Covid-19 tapi kenapa Ustaz Ebit Lew je yang di aim? Ya Allah jauhkanlah daripada sangka buruk dan hasad dengki.

Bermuhasabahlah disaat Covid-19 melanda dunia melanda Malaysia dah ada beberapa orang yang meninggal dunia bukan saat ini untuk benci-membenci, dengki-mendengki kita patut berganding bahu bersatu kita umat Nabi bukan masanya untuk berpecah belah sindir menyindir. Para agamawan patutnya lebih memainkan peranan masing-masing, bukan mengata orang menjatuhkan orang. Setiap tutur kata atau tulisan yang keluar dari kita akan dihisap kelak.

Kalau Nabi, sahabat ada lagi mesti Nabi dan sahabat sedih tengok para ilmuwan memakan daging bangkai saudaranya sendiri. Allahu. Moga Allah ampunkan kita semua. Dizinkan share jika ada kebaikan dalam penulisan ini.

‘Tapi tak popularlah, tak boleh upload

Siap buat video, bergambar bagai

‘Ustaz’ yang dimaksudkan itu juga turut memuatnaik status di laman Instagram yang mengkritik sebahagian sukarelawan aktif menyalurkan misi bantuan ketika gelombang kedua Covid-19 ini.

Tambahnya, pemilik gerangan ‘ustaz’ tersebut turut menyifatkan saluran bantuan demikian adalah boleh melalui pihak atau badan berkuasa agar lebih selamat tanpa dijangkiti virus berkenaan.

Senang je duk berjalan sana sini atas alasan hantar bantuan? Siap buat video, bergambar bagai.

Bagaimanapun, status berkenaan yang dimuatnaik seolah memberi bayangan terhadap seseorang berstatus aktivis kemasyarakatan.

Sumber: Arief Farhan

SKIP THIS AD ×