berita

Cabaran Dashing 2 Kembali Dengan Hadiah Lumayan!

October 23rd, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Print 8x16ft wai

Untuk kesekian kalinya produk penjagaan diri lelaki, Dashing For Men menganjurkan pertandingan futsal neon pertama di Malaysia menerusi Cabaran Dashing 2.

Pertandingan yang pertama kali diadakan pada 2012 ini kembali dengan musim kedua untuk mencari juara neon futsal Malaysia yang baru.

Dalam usaha untuk mencari pasukan dengan teknik, taktik dan strategi yang terbaik, Dashing bersedia menawarkan hadiah lumayan untuk mereka yang menang.

Dashing

Untuk pengetahuan anda, hadiah utama bernilai RM10,000 bakal menjadi rebutan dalam perlawanan futsal yang penuh bergaya ini.

Bagi yang berminat untuk menyertai, anda masih berpeluang untuk mendaftarkan pasukan futsal neon anda melalui pembelian produk Dashing & Elite bernilai RM140 sama ada dalam resit tunggal ataupun berasingan.

Pendaftaran boleh dilakukan di kaunter jualan Wipro Unza, gelanggang futsal terpilih, lokasi-lokasi siri jelajah Cabaran Dashing 2 atau secara online di laman web Cabaran Dashing.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mahukan lebih penjelasan mengenai pertandingan ini, sila layari cabarandashing.com.my. Untuk makluman anda juga, tarikh pendaftaran akan tutup pada 31 Oktober 2013. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini ya!

SKIP THIS AD ×