Siapa sahaja yang tak tersentuh apabila melihat insan-insan yang tabah mengharungi kehidupan penuh dengan ujian berjaya merealisasikan impian mereka untuk memiliki sebuah kediaman?
Ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, Program Cahaya Impian ini akan menampilkan realiti kehidupan golongan-golongan yang memerlukan ini mengharungi kehidupan seharian.
Lebih menarik lagi, setiap episod akan menampilkan kisah-kisah penuh inspirasi dari mereka yang melalui pelbagai cabaran hidup.
Apa yang membuatkan Cahaya Impian istimewa?
Program ini adalah hasil usaha murni Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bertujuan membantu insan-insan yang memerlukan tempat berteduh.
Seperti Mohamad Rizal Ahmad Kanal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, beliau meluahkan rasa syukur selepas berjaya mempunyai kediaman sendiri untuk beliau bersama berteduh bersama 8 orang cahaya mata.
Usaha beliau untuk memohon rumah PPR nyata membuahkan hasil apabila pihak DBKL bersama TNB menerima pemohonan beliau sekaligus membolehkan beliau sekeluarga mempunyai kediaman sendiri di PPR Taman Wahyu.
Lebih menyayat hati, pasangan ini turut kehilangan anak sulung mereka menerusi kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.
Menurut isterinya, Norita Mokhtar, penerimaan rumah di PPR Taman Wahyu ini disifatkan sebagai hadiah daripada Allah untuk merawat ‘luka’ dan ujian yang dilalui keluarga ini.
Inisiatif Anjung Kasih buat keluarga pesakit yang kurang berkemampuan
Selain membantu menyediakan kediaman kepada mereka yang layak, program ini juga mengetengahkan inisiatif Anjung Kasih.
Untuk anda yang belum tahu, Anjung Kasih adalah sebuah penginapan sementara khas buat keluarga pesakit yang kurang berkemampuan di hospital.
Jadi, sambil menjaga insan tersayang, mereka tidak perlu risau tentang tempat tinggal.
6 Episod Penuh Emosi dan Inspirasi
Tampil dengan 6 episod penuh dengan emosi pastinya bakal membuatkan para penonton sebak dan bersyukur, Cahaya Impian sememangnya bukan sekadar sebuah program TV biasa.
Malah, menjadi saksi bahawa impian mampu menjadi realiti dengan usaha dan bantuan yang tepat kepada golongan yang memerlukan.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk saksikan program berdurasi 30 minit yang pastinya menyentuh hati ini korang.
Korang boleh tonton keenam-enam episod ini menerusi YouTube rasmi TENAGAOfficial dan juga strim di TONTON.
Cahaya Impian, menyinari harapan insan. Korang jangan lupa sediakan tisu ya sebelum tonton!