berita

Cakra Khan Turun Malaysia Minggu Depan

November 18th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Cakra Khan

Penyanyi yang popular menerusi lagu Harus Terpisah, Cakra Khan, dijadualkan bakal hadir ke Malaysia pada minggu depan bagi mempromosikan album terbarunya dan sekaligus mengadakan showcase buat para peminatnya di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Menurut Cakra Khan atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, tujuan utamanya turun ke Malaysia bukan sekadar untuk mempromosikan album, malah penyanyi dari seberang ini turut ingin mengambil peluang yang ada untuk beramah mesra dengan para peminatnya di negara ini.

Selain dapat mempromosikan album di Malaysia, lawatan ini juga membolehkan saya untuk beramah mesra serta mendekatkan diri dengan peminat-peminat.

Saya amat berbesar hati kerana lagu-lagu saya diterima dengan baik. Sebagai tanda penghargaan, selepas ini saya akan berusaha untuk menghasilkan lebih banyak muzik-muzik yang bagus buat para peminat yang telah banyak menyokong kerjaya seni saya selama ini.

Cakra Khan

Cakra Khan gembira muziknya diterima baik oleh peminat di Malaysia

Bagi para peminat yang ingin menyaksikan showcase penyanyi ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pas masuk ke showcase tersebut pada 24 November 2013, dengan harga RM90 menerusi laman web rasmi Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur di www.hardrock.com/kualalumpur. 

Untuk makluman, album terbaru Cakra Khan ini turut memuatkan 11 lagu baru antaranya Setelah Kau Tiada, Mudah Jatuh Cinta, Mengingat Dia serta Cintamu Tak Kembali.

Apa pun untuk semua peminat Cakra Khan, di sini OHBULAN! lampirkan muzik video popular penyanyi ini untuk tontonan anda semua. Jom layan!

SKIP THIS AD ×