berita

Campur Darah Sendiri Dalam Minuman Pelanggan, Pelayan Kafe Dipecat

April 17th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang pelayan kafe di Hokkaido, Jepun, dipecat apabila didapati mencampurkan darahnya sendiri dalam koktel pelanggan sebelum dihidangkan.

Artikel Berkaitan: Kotornya Kedai Tomyam…

Artikel Berkaitan: Restoran Pekerja Ditampar Larang Hisap Rokok Tiada Sijil Halal & Terdapat Bungkusan Kuning ‘Misteri’

Darah sendiri

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan India Times, Kafe Mondaiji itu mengumumkan hal pemecetan tersebut pada akaun Twitter rasmi mereka atas tindakan pekerjanya yang tidak disangka-sangka.

Kami telah memecat wanita yang membuat minuman pelanggan iaitu ‘orikaku’ atau koktel asli. Koktel itu dicampur dengan buah-buahan, sirap berwarna-warni dan darahnya sendiri.

Tindakan sedemikian sama sekali tidak boleh diterima.

Selain itu, pemilik kafe Mondaiji turut memohon maaf pada pelanggan berkenaan atas kejadian yang menimpanya.

Susulan daripada isu yang terjadi, kafe tersebut ditutup selama sehari untuk meredakan keadaan daripada menjadi lebih keruh.

Sumber: India Times

SKIP THIS AD ×