Baru-baru ini viral beberapa foto yang dimuatnaik pengguna Facebook Abdul Razak menyaksikan salah sebuah premis makanan masakan Thai (tomyam) di Bukit Katil, Melaka dalam keadaan kotor. Foto berkenaan turut mendapat respon negatif dari pengguna laman sosial berkenaan yang berpendapat bahagian dapur premis itu sungguh jijik!
Susulan itu, Jabatan Kesihatan Negeri telah turun padang dan mengambil tindakan terhadap pemilik premis yang tidak bertanggungjawab. Lebih mengejutkan lagi adalah pekerja di premis berkenaan juga tiada suntikan tifiod.
Pekerja tidak ada suntikan tifoid
Menerusi laporan Bernama, kedai makan di Bukit Katil, Melaka itu diarahkan tutup operasi selama 14 hari dan dikenakan kompaun sebanyak RM1,300 oleh Jabatan Kesihatan Negeri setelah didapati di kawasan dapur dalam keadaan kotor.
Menurut Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong berkata sebanyak 4 notis kompaun dikeluarkan kepada pengusaha premis makanan tersebut kerana kesalahan kebersihan termasuk pekerja tidak mempunyai suntikan tifoid.
Operasi tersebut dilakukan setelah mendapat maklumat awam berkaitan isu tersebut yang tular di media sosial sejak semalam dan pemeriksaan mendapati premis berkenaan berada pada tahap kebersihan 70 peratus ke bawah.
Perlu melakukan pembersihan
Tambah Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri lagi, pemilik restoran berkenaan perlu melakukan pembersihan di premis tersebut dalam tempoh penutupan dan akan diperiksa semula oleh pihak Jabatan Kesihatan sebelum dibenarkan beroperasi semula.
Kita juga telah mengeluarkan sebanyak 1,146 notis kesalahan serta memeriksa sebanyak 4,485 premis makanan dan minuman di sekitar negeri itu dalam tempoh tersebut.
Jijiknya!
Sumber: Bernama