Penyanyi veteran Indonesia iaitu Hetty Koes Endang tidak lama lagi akan menerima seorang lagi menantu dalam keluarga besarnya. Anak bongsunya iaitu Afifah Yusuf telahpun dipinang oleh Faldo Arsanda yang merupakan keturunan dari Padang.
Hetty Koes Endang sempat mendedikasikan ucapan khas buat anak perempuan bongsunya itu di laman Instagram. Memang cantik sungguh anak kepada penyanyi Lembur Kakasih ini!
Puteri bongsu sudah dipinang
Pertunangan Afifah Yusuf bersama Faldo Arsanda itu mengetengahkan tema antara dua adat berbeza iaitu Bugis Makassar manakala keluarga pihak lelaki membawa adat Padang. Hetty Koes Endang mendedikasikan doa buat bakal pasangan pengantin ini supaya dimurahkan rezeki dan sama-sama mencari kebahagiaan hidup.
Tetaplah menjadi dirimu
Hetty Koes Endang juga tidak menyangkakan bahawa Afifah yang baru berusia 24 tahun bakal melangkah ke fasa perkahwinan bersama jejaka pilihannya. Dia turut mendoakan agar puteri bongsunya itu terus kuat dan sentiasa positif dalam menjalani kehidupan seterusnya.
Terima kasih dan syukur
Afifah juga berkongsi berita itu di laman Instagram dan sekali gus memperkenalkan tunangnya itu kepada umum. Memilih tema adat Bugis Makassar yang merupakan adat keturunan ayahnya sendiri bagi majlis ini. Dia mengambil kesempatan itu mengucapkan syukur dan berterima kasih buat keluarga, saudara-mara dan semua pihak yang terlibat dalam majlis tersebut.
Sumber: Hetty Koes Endang