berita

Caprice Lantik ‘Bodyguard’ Untuk Jaga Mondy Tatto – ‘Keselamatan Dia Pada Bahu Saya’

September 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Caprice Mondy Tatto

Aktivis kemanusian Caprice memaklumkan keselamatan pempengaruh Indonesia yang dikenali sebagai Mondy Tatto ketika ini berada di bawah jagaan pihaknya iaitu Munafik Hunter.

Artikel Berkaitan: Caprice Sudah Tampil Beri Keterangan Isu Fitnah Ebit Lew – ‘Kalau Saya Tipu Buat Apa Saya Tolong Orang Kasta Rendah’

Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Kamu Delete Semua ‘Bukti’ Chat Ustaz? Kamu Sudah Fitnah & Sebar Fitnah’ – Caprice

Penuhi permintaan

Caprice Mondy Tatto

Ketika ditemui OhBulan!, Caprice berkata dia akan memberikan layanan yang sebaik mungkin kepada Mondy yang sudah dianggap sebagai tetamunya sepanjang berada di Malaysia.

Kalau Mondy balik ke Indonsia kes ini akan ditutup. Adakah saya seksa Mondy? Awak boleh temu bual Mondy selepas ini.

Saya datang dari keluarga yang diplomatik, bapa saya dulu kerja di Wisma Putra. Saya perlu jaga tetamu.

Kalau kalian datang ke tempat dia menginap di air b&b, pihak saya akan layan dia baik-baik. Dia nak makan apa, nak minum apa, akan usaha tunaikan.

Caprice berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Thor X yang berlangsung di JW Mariot Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam masa sama, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata dia juga telah melantik seorang pengawal keselamatan untuk memantau keadaan Mondy di penginapannya.

Yang paling bahaya kalau dia balik, kes ini akan berjalan lebih sebulan, jadi dalam tempoh itu dia akan berada di bawah jagaan pihak saya.

Untuk waktu ini dia berada dalam keadaan selamat 24 jam. Malam saya akan ada seorang bodyguard wanita akan tidur dengan dia.

Seratus peratus keselamatan Mondy di bahu pihak saya. Dia tetamu saya dan tanggungjawab dia pada saya. Malah saya juga dah berbincang dengan kedutaan Indonesia, kita tengok macam mana nanti.

Harapan keadilan menang

Caprice Mondy Tatto

Sementara itu, disoal mengenai harapan berhubung kes yang sedang kecoh melibatkan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew, Caprice menjawab keadilan akan berada pada pihak yang benar.

Harapan untuk semua kes termasuk kes Mondy untuk sentiasa mendengar dari pihak mangsa sepenuh-penuhnya sebelum kecam mereka.

Mangsa seksual, tak akan kita nak kecam dia secara melulu. Saya berharap orang Malaysia untuk beri peluang kepada semua mangsa agar dapat bela diri mereka. Insya-Allah kebenaran dan keadilan sentiasa berada di pihak mangsa.

SKIP THIS AD ×