Selebriti dan aktivis sosial media, Caprice tampil memohon maaf kepada pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) susulan tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota yang didakwa pesalah kes langgar pelajar sekolah, Muhammad Zaharif.
Artikel Berkaitan: Kongsi Gambar Polis Didakwa Langgar Muhamad Zaharif? Caprice Dipanggil Bantu Siasatan Hari Ini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Caprice Menyorok Dalam Almari Ulas Isu Alif Teega, Kantoi Dengan Isteri Siap Kena Pulas Telinga -‘Galak Awak Ni!’
Mohon maaf pada polis
Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, dia tiada niat mahu memburukkan nama PDRM, namun kata-kata yang dikeluarkan itu hanya ditujukan kepada seorang individu sahaja.
Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepadaPDRM, IPD Dang Wangi yang ambil masa untuk saya dan staff bagi kenyataan. Kami memberikan sepenuh kerjasama.
Saya nak minta maaf kalau ade siapa-siapa dari pasukan biru (polis) yang terasa dengan apa kenyataan dibuat sebelum ni.
Ayat-ayat yang digunakan di sosial media adalah khas tuju kepada seorang sahaja dan sebenarnya kita kena sama-sama cari jalan untuk sentiasa jaga, lindung dan menjunjung lencana keramat PDRM.
Dalam perkongsian sama, Caprice berkata dia menghormati pendapat yang dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang sebelum ini menitikberatkan tentang integriti dan kedaulatan undang-undang.
Saya hormat dan hargai pendapat Tan Sri IGP yang sendiri tekankan kepentingan integriti dan kedaulatan undang-undang.
Terima kasih di atas kepercayaan dan insya-Allah sama-sama boleh bantu dan bela rakyat Malaysia yang dizalimi.
Semalam, Caprice memaklumkan dia diminta hadir ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung tindakanya mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap seorang anggota polis.
Sebelum ini, Caprice ada memuat naik sepotong video berkaitan seorang anggota polis yang memegang jawatan pegawai kanan yang didakwa melanggar pelajar sekolah, Muhammad Zaharif sehingga maut.
Terdahulu, mangsa yang baru sahaja berusia 17 tahun maut di hadapan sekolah selepas dilanggar oleh suspek yang berusia 44 tahun.
Hasil bedah siasat dibuat pihak polis mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh kecederaan pada bahagian dada dan abdomennya akibat pelanggaran yang berlaku.
Sumber: Instagram