Penyanyi Caprice berdepan detik cemas apabila diserang sakit dada selepas bangun pagi sehingga terpaksa dikerjakan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara, semalam.
Artikel Berkaitan: Disebabkan Kontroversi & Fitnah, Caprice Tanggung Kerugian Hampir 1 Juta & Hilang Tiga Pekerja
Ingatkan kena serangan jantung
Menurut Caprice, 33, dia menjadi panik apabila berdepan kesukaran untuk bercakap dan seluruh bahagian badannya menjadi kebas.
Katanya menerusi Instagram Stories, kesakitan yang dirasai berbeza ketika dia berada di Jordan dan Kuala Lumpur sebelum ini.
Saya bangun tidur pagi ini dengan sakit dada yang teruk. Sakitnya berbeza daripada apa yang saya alami di Jordan dan di Kuala Lumpur sebelum ini.
Saya panik dan terus menghubungi ambulan dan perasan saya tak boleh bercakap dengan betul. Saya ingatkan kena serangan jantung.
Seluruh bahagian kanan badan saya rasa kebas. Alhamdulillah, mereka (pasukan perubatan) datang tepat pada waktunya.
Patut selalu susah tidur
Selepas menjalani ujian darah dan imbasan, doktor memaklumkan bahawa pemilik nama Ariz Ramli mempunyai simptom penyakit Hipertiroid.
Dalam pada itu, pelantun lagu Lenglui berharap agar keadaan dirinya boleh kembali sembuh dengan hanya mengambil ubat-ubatan tanpa perlu melalui rawatan yang lebih serius.
Selepas buat ujian darah dan buat beberapa imbasan, saya diberitahu ada tanda-tanda Hipertiroid. Kalian boleh buat carian Google sendiri kalau nak tahu lebih lanjut tentangnya.
Tak boleh lama di sini (hospital), itu yang pasti sebab saya banyak kerja nak buat. Patutlah selama ini saya susah nak tidur, selalu resah dan sesak nafas.
Saya harap semua ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan janganlah sampai option lain (rawatan Radioterapi dan pembedahan).
Sumber: Instagram @capriceofficial