berita

Caprice Pertikai Orang Kelantan Tak Faham Ceramah Bahasa Inggeris Zakir Naik, Cuma Angguk

August 19th, 2019 | by Amat Larbsib
Isu & Kontroversi

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi rap, Caprice seorang yang lantang memberi pendapat mengenai sesuatu isu yang hangat diperkatakan. Penyanyi rap ini turut memberi pendapatnya mengenai kehadiran penceramah, Dr Zakir Naik di Kota Bahru, Kelantan tempoh hari.

Bagaimanapun, kritikan Caprice itu didakwa menghina rakyat Kelantan. Secara tidak langsung, kenyataan itu telah menyinggung perasaan segelintir rakyat Kelantan.

Menyinggung kami sebagai rakyat Kelantan

Kumpulan Anak Kelantan Prihatin membuat laporan polis dan mendakwa kenyataan Caprice itu telah mengatakan negeri tersebut mencatat angka terbanyak rakyatnya terlibat dan mempunyai masalah dadah, pembuangan bayi dan pedofil.

Bagaimanapun, jurucakap bagi pertubuhan ini, Norlida Daud berkata tindakan itu menunjukkan satu kenyataan ego Caprice selaku seorang artis tempatan dan menyinggung rakyat negeri itu.

Saya ada melihat rakaman penyiaran video Caprice itu dibuat di laman sosial Instagramnya apabila mengkritik kehadiran begitu ramai penceramah bebas, Dr Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan.

Saya bersama beberapa anak Kelantan yang kini berada di Lembah Klang telah membuat laporan polis terhadap Caprice kerana kenyataannya menghina rakyat Kelantan yang secara tiba-tiba tahu berbahasa Inggeris.

Kenyataan artis berkenaan jelas telah menyinggung kami sebagai rakyat Kelantan, dan perbuatan berkenaan jelas adalah kenyataan ego beliau selaku seorang artis tempatan.

Siapa makan cili, dia terasa pedas

Salinan video berkenaan juga telah dimuat naik di laman media sosial, akaun igkelantan dan telah mendapat kira-kira 61ribu tontonan.

Caprice mohon maaf

View this post on Instagram

Salam Kelantan, (swipe ke kiri) 1) Caprice memohon maaf kepada Kumpulan Anak muda Kelantan dan rakyat kelantan if mereka terasa berkenaan posting itu namun menyifatkan IG kelantan sebagai batu api kerana mengambil video tanpa caption di post. 2) Caprice setuju yang kenyataan Zakir Naik berkenaan tetamu itu provoke namun Zakir Naik tidak sepatutnya dilayan sedemikian atas ilmu islam yang canggih 3) Rakyat Malaysia perlu bersatu sama sama dan tidak terlalu fokus akan racial issue 4) Caprice sedia untuk bekerjasama dgn NGO Anak Muda Kelantan untuk bantu ummah sebab dua2 pihak ade visi yang sama dan kita ade bina platform seperti, IslamPro: servis ke rumah, Mengaji.com dan Umrahloka. Lagi baik kita membesarkan case ni dan kejersama sebab dari awal tahun caprice sendiri pernah try jumpe ahli2 pemimpin Kelantan. Insyallah kalau dapat peluang kita boleh kerjesama.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Terbaru, menerusi Instagram Caprice, dia tampil memohon maaf kepada Kumpulan Aanak Muda Kelantan dan rakyat Kelantan terhadap kenyataannya sebelum ini. Malah, dia turut menyifatkan akaun Instagram igkelantan itu bersifat batu api apabila mengambil rakaman video tersebut tanpa kapsyen asal.

Dia turut ingin bekerjasama bersama NGO itu bagi membantu mencapai visi sedia ada dalam membina platform seperti IslamPro.

Sumber: igkelantan, Astro Awani