berita

Cara Kreatif Pemuda Ini ‘Cari Kerja’ Tarik Perhatian Ramai, Lain Dari Yang Lain!

February 15th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kebiasaanya, seseorang yang mencari pekerjaan akan selalu menghantar resume kepada syarikat yang menawarkan kekosongan jawatan. Tetapi lain pula yang dilakukan oleh Azmil Hakim. Idea yang sangat kreatif dilakukan olehnya di laman Linked In mendapat perhatian umum.

Cara dia menjual dirinya untuk di temu duga sungguh luar biasa. Hanya menggunakan gambar file di atas meja beserta caption yang menarik membuat para majikan tertarik dengan daya kreatif pemuda ini. Kita boleh menjadikan ini sebagai contoh untuk kita sentiasa berfikiran di luar kotak.

Luangkan masa menemuduga saya

Hi, saya mencari penemuduga untuk memenuhi tempat duduk ini.

Saya mempunyai 4 tahun pengalaman dalam pelbagai bidang seperti perhubungan kerajaan, operasi pengangkutan, sekiteriat, pengurusan acara dan perkhidmatan pelanggan. Tambahan lagi, saya mempunyai Ijazah dalam Sumber Manusia.

Saya sangat berterima kasih dengan pertolongan anda menyebarkan maklumat ini. Jika anda sudi meluangkan masa anda menemuduga saya, anda boleh email saya di [email protected] atau tinggalkan email anda di ruang komen di bawah atau anda boleh terus mesej saya secara peribadi.

Terima kasih!

Pencetus revolusi kepada job hunter

Rata-rata bersetuju dengan cara pemuda ini menjual dirinya bagi mencari pekerjaan. Ada yang mengatakan beliau boleh menjadi pengubah bagi sesiapa yang ingin mencari kerja tanpa menggunakan teknik lama seperti menghantar resume kepada setiap syarikat.

Pendekatan yang menarik

Ramai nama nama besar di syarikat terkemuka menyuruh pemuda ini untuk terus email ke syarikat mereka kerana mendakwa sikap pemuda ini menjual dirinya adalah lain dari yang lain.

Sangat kreatif

Pengguna di Linked In sangat bersetuju dengan pendekatan yang digunakan oleh pemuda ini kerana ianya sangat inovatif, kreatif dan original serta menarik perhatian ramai.

Sumber: Azmil Hakim

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×