Penularan pandemik Covid-19 memberi kesan yang banyak terhadap kewangan rakyat Malaysia. Krisis kewangan yang datang tanpa disangka pasti membawa kesusahan kepada orang ramai. Berita gembira untuk rakyat Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan permohonan i-Sinar dalam talian dibuka bermula hari ini. Ia dibuka secara dalam talian dengan melibatkan dua kategori kriteria kelayakan pemohon membabitkan seramai lapan juta ahli.
Bagi tujuan itu, terdapat dua kategori kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar. Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu penyata gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.
Langkah-langkah memohon i-Sinar
Foto: KWSP
Bagi kriteria kelayakan, terdapat dua kategori iaitu kategori 1 dan kategori 2. Bagi kategori 1, semua pemohon layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis tanpa gaji.
Kategori 2 pula meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas. Termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan. Namun, permohonan kategori 2 akan bermula pada tahun hadapan.
Langkah-langkah untuk membuat permohonan i-Sinar Kategori 1 KWSP tersebut dikongsi oleh Syima Rifqi Aisy di Facebook yang telah berjaya membuat proses untuk kelulusan.
- Layari laman web rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/
- Isikan Nombor MyKad.
- Isikan Nombor Telefon Bimbit,Alamat Email, Alamat Rumah,Poskod, Bandar,Negeri
- Pilih Amaun Pendahaluan ( Berdasarkan syarat layak),amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan.
- Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
- Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-SINAR
- Pastikan nombor akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-SINAR masuk tanpa sebarang masalah.
- Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
- Klik Hantar
- Permohonan anda akan diproses dan semakan boleh dibuat mulai 4 Januari 2021
Langkah pertama, masukkan nombor kad pengenalan atau IC anda serta nombor telefon bimbit anda.
Langkah kedua, pilih amaun berdasarkan kelayakan.
Notis sebegini akan keluar dan langkah seterusnya anda boleh pilih untuk menukar amaun atau memohon bantuan lain yang telah disediakan oleh Kerajaan.
Langkah seterusnya, isi semua butiran anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat e-mel dan nombor telefon bimbit anda. Selepas mengisi butiran, anda dinasihatkan supaya semak semula supaya tiada maklumat yang salah.
Kemudian, langkah seterusnya anda boleh menetapkan jumlah bayaran untuk bulan pertama. Selepas anda mempuat keputusan jumlah bayaran untuk bulan pertama, klik butang ‘teruskan’.
Selepas anda klik butang ‘teruskan’, anda boleh semak semula maklumat pemohon supaya tiada ralat dan kesilapan sebelum anda menghantar permohonan.
Selepas selesai menyemak maklumat pemohon, anda juga boleh menyemak nombor akaun bank anda. Pastikan nombor akaun bank anda betul. Seterusnya, klik pada kotak kosong yang ada pada bawah maklumat pembayaran untuk teruskan permohonan.
Selepas klik pada kotak kosong itu, anda akan dapat notis sebegini untuk mengesahkan bahawa anda berjaya untuk memohon. Namun, status permohonan boleh disemak mulai 4 Januari 2021.
Sumber: Astro Awani, Syima Rifqi Aisy.