berita

Caras : Artis Baru Berlagak Diva Di Acara Karpet Merah

April 9th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-04-09 at 2.19.53 AMAgak kecewa juga apabila mendengar cerita berkenaan seorang aktres muda yang dikatakan berlagak ala-ala diva di sebuah acara karpet merah yang berlangsung baru-baru ini.

Ceritanya bermula apabila artis ini dikatakan berkelakuan sombong dan memandang wartawan hanya sebelah mata sahaja apabila diserbu oleh pihak media untuk sesi temubual.

Ala..wartawan bukan nak korek soal peribadi dia pun, mereka cuma nak tanya siapakah pereka fesyen yang reka pakaiannya, itu sahaja. Bukan susah pun nak jawab. Tapi, boleh pula si pelakon ini menjeling dan jawab soalan pihak wartawan macam acuh tak acuh sahaja.

Amboi..cantik sungguh perangai macam itu. Ingatlah sikit, awak tu pelakon baru. Kalau bukan pihak wartawan yang naikkan nama awak, siapa lagi yang akan tolong mem-popularkan awak suatu hari nanti? 

Jangan ingat baru berlakon dua, tiga drama dan mengacara sebuah program awak dah cukup hebat sampai boleh pandang orang sekeliling macam tak ada perasaan. Hormatlah sikit orang sekeliling, jangan disebabkan awak diangkat sebagai artis baru dibawah sebuah stesen televisyen berbayar, awak dah boleh tunjuk belang depan pihak media pula ya.

Kalau tak suka ditemubual oleh pihak wartawan, jangan pilih kerjaya sebagai artis. Jadi sahaja orang biasa-kan senang. Tak perlu nak menyusahkan pihak media untuk temubual pasal diri awak.

Apa pun, kepada artis berkenaan, diharapkan selepas ini awak boleh ubah perangai diva awak tu dan belajar menghormati diri orang lain ya.

SKIP THIS AD ×