berita

Caras : Bersekedudukan Bersama Buah Hati

October 12th, 2012 | by Ai

Pernah mengukir nama dalam rancangan realiti. Namun, namanya kini kurang didengar malah penampilannya juga kurang di kaca televisyen. Apa yang pasti, dia kini semakin menghilangkan diri. Mungkin sibuk dengan pekerjaan baru kot. Tetapi, tak ada angin tak ada ribut tup tup dapat tahu artis lelaki ini bersekedudukan bersama teman wanitanya. Mari labelkan artis ini sebagai “Jejaka A”

Jika dahulu “Jejaka A” ini “susah-senang” bersama gadis tinggi lampai di apartment mewahnya. Namun setelah “bercerai”, tempat bekas kekasihnya itu digantikan dengan gadis jelita berambut panjang. Menurut sumber, kehidupan mereka ibarat suami isteri. Manakan tidak, membeli barang dapur dan sebagainya. Ada rancangan masak-memasak ke di rumah? Jangan sampai kena masak dengan JAIS sudah lah.

Menurut sumber, “Jejaka A” tersebut turut menyewa bersama “Jejaka B”, seorang rakan artis lelaki daripada rancangan realiti yang sama. Apa yang memeranjatkan, “Jejaka B” ini acapkali membawa pelakon jelita yang hangat dikaitkan dengan suami orang ke rumah. Sewa sekali ke? Tetapi pelakon jelita itu telahpun berpisah bersama “Jejaka B” ini beberapa tahun lepas. Jeng jeng jeng. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Mungkin kedua-dua selebriti ini ingin menjaga nilai persahabatan sehinggakan sanggup bersubahat bergelumang dengan dosa.

Dah kata rumah bujang, pasti peraturannya tidak ketat. Mungkin “Jejaka A dan B” ini lupa bahawa hampir separuh orang yang menetap di kawasan rumahnya adalah orang melayu. Mungkin mereka tak ingin masuk campur hal rumahtangga “Jejaka A dan B”, tetapi kalau muka dah di cop artis, segala tingkah laku pasti akan diperhatikan.

Rasanya hubungan halal itu lebih berkat daripada senyap-senyap. Kalau tak mampu sangat nak membuat majlis perkahwinan secara besar-besaran, nikah je dulu, buat yang wajib. Jangan sampai ada kes kena tangkap khalwat sudah lah yee.

Foto : Sekadar gambar hiasan.

SKIP THIS AD ×