berita

Caras : Disiplin Macam Melawak

November 26th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Kekecewaan jelas terpancar di wajah seorang ketua editor hiburan terkemuka kerana jelas dia sudah putus asa untuk menghubungi pelawak terkenal ini yang semakin lama makin naik kepalanya.

Al-kisahnya, ketua editor ini mahu menggunakan khidmat pelawak ini atas memenuhi kehendak seorang klien yang ingin melihat kemunculannya di sebuah acara peribadi. Bukan calang-calang, klien ini sanggup membayar nilai sehingga 5 angka untuk kemunculan selama sehari di sebuah pusat peranginan di negara seberang. Penginapan, pengangkutan ditanggung beres. Oh, jangan fikir yang bukan-bukan pula. Sebenarnya, klien itu ingin membuat kejutan terhadap ahli keluarganya kerana mereka amat berminat dengan telatah pelawak, yang memang diakui sangat menghiburkan hati.

Sebagai sebuah entiti perniagaan, sudah pasti setiap panggilan harus dibuat secara formal kepada pengurus pelawak ini. Malangnya, setiap SMS dan panggilan yang dihantar tidak berjawab. Pada mulanya, ketua editor ini sangka kemungkinan pengurus pelawak ini terlampau sibuk. Tunggu sehari, 2 hari, seminggu, sehingga sebulan. Masih tiada jawapan.

Ketua editor ini pun masih tak putus asa. Ketika di sebuah majlis pengumuman di ibu kota, kelibat pelawak ini yang bersama kereta mewahnya kelihatan di bahagian valet. Lantas, ketua editor ini bertanya mengenai SMS dan panggilan yang tak berjawab kepada si pelawak ini.

Nak tahu apa jawapannya?

Kata pelawak ini, memang pengurusnya amat sukar dihubungi atas sebab-sebab yang tak diketahui. Dan, dia meminta ketua editor ini supaya menghubungi pembantu peribadinya pula. Wah, tergelak besar ketua editor ini mendengar jawapan yang tak masuk akal ni.

Bukan apa, kalau dah tahu pengurusnya itu memang jenis susah nak dihubungi, kenapa tak pecat terus? Bukan kah sepatutnya si pengurus lebih sedia maklum dengan selok belok perniagaan? Kalau sibuk sangat pun, susah sangat ke nak balas SMS?

Sebenarnya, alasan sibuk itu tak relevan langsung. Sebab, ketua editor ini berjaya menghubungi seorang lagi bintang yang amat popular dengan mudah sahaja. Tiada birokrasi, tiada kekwat.

Dey, business is business, friend is friend. Orang nak bagi bisnes, janganlah buat endah tak endah. Okay?

P/s: The Apprentice Asia bersama Tony Fernandes sedang mencari calon yang sesuai sebagai peserta. CC @pengurus_pelawak.

SKIP THIS AD ×