berita

Caras : Pelakon Wanita Popular ‘Check-In’ Hotel Dengan Kekasih

February 18th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-02-18 at 10.35.19 AMTerkejut kami saat menerima sebuah mesej daripada seorang rakan yang bekerja disebuah hotel. Apa tidaknya, kami diberitahu bahawa seorang pelakon wanita yang boleh dikatakan popular telah mendaftar masuk sebuah hotel di tengah ibukota semalam.

Jika sebut namanya, siapa yang tak kenal. Pelakon ini memang dikenali sebagai seorang yang kaki kelab dan pernah menjalin hubungan dengan seorang artis lelaki popular juga sebelum ini. Melalui apa yang OHBULAN! dengar, mereka tanpa segan silu mendaftar masuk dan tidak mengendahkan pekerja hotel disana yang mengenali diri mereka.

Namun apa yang lebih pasti, pelakon wanita ini sebenarnya sudah beberapa kali menggunakan hotel tersebut dan hanya berlagak seperti biasa apabila ditegur oleh peminat disana.

Tidak tahulah apa motif mereka mahu daftar masuk hotel pada hari Ahad. Sudah tentu hari ini baru mereka daftar keluar. Mahu kata bercuti, tak logik pula untuk bercuti di KL sedangkan pelakon wanita ini memang orang sini. Atau mungkin juga sekadar daftar masuk untuk berehat-rehat sambil menenangkan minda.

Harapnya tidak adalah perkara yang tak senonoh berlaku.

P/S : Pandai ‘check-in’ 3 hari selepas hari kekasih.

SKIP THIS AD ×