berita

Caras : Sanggup Sertai Parti Politik Demi Wang

January 22nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Caras

 

Sejak akhir-akhir ini kita boleh lihat begitu ramai artis yang telah berhijrah ke arah kebaikan. Memang tak salah berubah, asalkan niat untuk berubah itu adalah ikhlas dan atas kerelaan serta keinsafan diri sendiri.

Namun begitu, terdapat satu cerita yang tidak enak untuk didengar apabila ada seorang artis ini dikatakan berubah atas sebab desakan parti politik dan dirinya dikatakan sanggup menyertai parti politik tersebut kerana memikirkan imbuhan yang bakal diperolehi daripada pihak tertentu.

OHBULAN! tidak tahu sejauh mana kebenaran berita yang disampaikan oleh seorang penerbit dan pengarah terkenal ini, apabila dia menyatakan bahawa si artis ini dikatakan mendapat imbuhan dalam lingkungan RM3000-RM5000 untuk setiap ceramah politik yang dihadirinya.

Dalam pada itu, artis ini difahamkan pernah mengaku dan mengadu kepada penerbit terkenal ini, apabila mengatakan yang dirinya mengalami kesesakan wang untuk membesarkan anak-anak, tambahan pula tawarannya dalam bidang lakonan semakin hari semakin berkurangan.

Oleh itu, tanpa berfikir panjang dan demi mendapatkan wang dalam cara yang mudah, si artis ini sanggup menyertai parti politik dan meninggalkan bidang lakonannya yang selama ini menjadi sumber rezeki utamanya dalam membesarkan anak-anak.

Hmm..apa-apa pun OHBULAN! berharap agar artis ini dapat menimbang semula segala keputusan yang diambil dan diharapkan dia membetulkan niat asalnya berhijrah ke arah kebaikan adalah kerana tuntutan agama dan bukannya kerana tuntutan sesebuah organisasi mahupun manusia.

Kredit Foto : Aimannajmy dot com

SKIP THIS AD ×