Sejak rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada diuji dengan masalah, apa sahaja kisah yang dikongsikan mereka di media sosial pasti menjadi perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Isteri Hafidz Roshdi Hamil 10 Minggu, Pengsan Di Hospital Sebab Badan Lemah
Artikel Berkaitan: Didakwa Kongsi Masalah Anak Untuk Tujuan Marketing, Bapa Saudara Hafidz Roshdi Tegur Shuhada
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Sudah Jalani Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia
Bidadari syurga
Terbaharu, Shuhada menerusi hantaran di Instagram berkongsi foto dirinya yang manis mengenakan busana serba putih sambil duduk di atas kerusi beserta kapsyen dirinya ibarat seorang bidadari.
Dia turut menggunakan lagu berjudul Doaku Untukmu Sayang nyanyian asal Wali Band sebagai bunyi latar pada hantaran tersebut.
Bidadari syurga awak.
Carikan jodoh
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah komen yang ditinggalkan ibu kepada dua cahaya mata itu kepada salah seorang pengikutnya di ruangan balas.
Awalnya, pengikut berkenaan hanya meninggalkan komen emoji ‘smiling face’ dengan bentuk hati di mata sebelum Shuhada bersoloroh memintanya mencarikan dia seorang pendakwah (Dai) untuk dijadikan jodoh.
Carikan dai (pendakwah) yang utamakan Allah untuk kita, hehe.
Terdahulu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.
Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz bercerai talak satu terhadap kakaknya pada 22 Februari lalu menerusi panggilan telefon.
Bagaimanapun, baru-baru ini, Shuhada mendedahkan dirinya hamil dan usia kandungan sudah pun memasuki 10 bulan.
Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.
Sumber: Instagram