Jika berlaku sebarang kemalangan jalan raya pasti ramai masyarakat prihatin yang tampil membantu mangsa. Namun, di sebalik niat mulia tersebut ada juga segelintir yang mengambil kesempatan dengan melarikan barangan peribadi.
Menerusi Twitter, Mimi Syazwani memberitahu ketika abangnya terlibat kemalangan di lebuhraya DUKE baru-baru ini, sampul surat mengandungi wang tunai RM9k beserta buku cek syarikat milik ayah dilarikan individu tidak bertanggungjawab.
Wang syarikat RM9k dicuri
Mendapat lebih 1k retweet, gadis ini merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini tampil membantu. Tambah parah lagi, abangnya kini dalam keadaan kritikal di wad kecemasan.
Ambil kesempatan dalam kesusahan orang lain
Laporan polis telah dibuat
Sumber: Mimi Syazwani