Anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish akui sedang mengenali kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Shikin semasa membuka gerai di karnival Starvendors, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Cerai Talak Satu Bukan Tiga’ – Cat Farish
Artikel Berkaitan: ‘Kami Pilih Untuk Bawa Haluan Hidup Masing-Masing’ – Cat Farish
Artikel Berkaitan: Tak Mahu Keruhkan Keadaan, Cat Farish Biar Mahkamah Tentukan Isu Lafaz Cerai 3 Kali
Berkawan rapat
Menerusi laporan Harian Metro, Cat dan Shikin berkawan rapat pada penghujung Ramadan. Selain itu, hubungan baik antara anak sulung Cat, Nia Karlyssa dengan anak perempuan Shikin, Ariana membuatkan dirinya lebih senang mengenali Shikin.
Nia terima kehadiran Shikin. Itu yang membuatkan saya terpikat serta ingin mengenalinya dengan lebih rapat lagi.
Tambah Cat, dia akan bertemu keluarga Shikin dan meminta kebenaran untuk berkahwin dek kerana umurnya yang tidak lagi muda untuk berada dalam fasa percintaan terlalu lama.
Selain itu, Cat juga memaklumkan akan membawa hubungan yang dijalinkan itu ke fasa yang seterusnya sejurus mendapat persetujuaan dari keluarga Shikin.
Terdahulu, perkahwinan yang pertama buat Cat adalah bersama pasangannya, Suriani Hassan dan berpisah pada Januari lalu. Manakala perkahwinan yang kedua bersama Hartiny Ramli dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12. Namun, bahtera yang dibina tidak kekal dan sah bercerai pada April 2016.
Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga bersama pilihannya, Cef Riz iaitu anak kepada Cef selebriti, Cef Wan. Namun, mereka sah bercerai pada Jun 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Arianna.
Perkawinan kedua Shikin yang dibina pada Mac 2020 juga tidak bertahan dan mengambil keputusan untuk menuruskan haluan masing masing selepas dua tahun bersama.
Sumber: Harian Metro