berita

Cecah Tiga Angka, 100 Kes Baharu Libatkan Kluster Benteng dan Kluster Sungai

September 8th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Di Twitter, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan jumlah kes baharu Covid-19 di Malaysia telah meningkat sebanyak 100 kes. Manakala, tiada kematian yang dilaporkan setakat hari ini.

Kluster Benteng meningkat

Menurut KKM, pertambahan 100 kes tersebut berlaku di negeri Sabah, Kedah dan Perlis yang melibatkan 85 kes tempatan. Di Sabah, 62 kes yang dikesan positif Covid-19 merupakan dari kluster Benteng Lahad Datu dan 23 kes positif dari kluster Sungai.

Terdahulu kluster ini telah dikenal pasti pada 1 September lalu dan ia dipercayai bermula dari dua orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah pada 24 Ogos 2020. Mereka disaring dan didapati positif Covid-19 pada 31 Ogos 2020. Kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat dijalankan. 

Sumber : KKM

SKIP THIS AD ×