berita

Cekik & Bunuh 2 Anak Lelaki, ‘Suami Isteri’ Sumbang Mahram Dipenjara Seumur Hidup

November 14th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Di England, sepasang ‘suami isteri’ sumbang mahram telah ditangkap oleh pihak polis kerana tindakan kejam membunuh dua daripada enam orang anak mereka setelah hubungan terlarang itu diketahui umum. Pasangan ini juga dikatakan cuba membunuh empat orang lagi anaknya tetapi tidak berjaya.

Konspirasi pembunuhan dirancang

Menerusi laporan Daily Mail, suspek yang dikenali sebagai Sarah Barras dan Brandon Machin merupakan adik beradik tiri ini telah mencekik anak lelaki mereka, Tristan dan Blake Barras yang masing-masing berumur 13 dan 14 tahun.

Konspirasi pembunuhan keenam-enam anaknya itu telah dirancang di antara 14 Mei dan 20 Mei lalu. Sebelum ini Sarah Barras dikatakan memaksa anak-anaknya menelan tablet racun dan cuba melemaskan salah seorang anaknya yang paling bongsu di dalam bilik air. Tetapi rancangannya itu gagal.

Kedua-dua mangsa dicekik

Menerusi Mirror Uk, semasa memberi keterangan di mahkamah, Sarah Barras memberitahu bahawa dia telah mencekik Tristan menggunakan tali gaun. Kejadian itu disaksikan oleh anak lelakinya, Blake Barras sebelum mangsa pula dicekik oleh Brandon Machin.

Mangsa kemudiannya disarungkan dengan beg plastik pada bahagian kepala untuk dibiarkan lemas. Kedua-dua beradik ini telah maut selepas 12 minit insiden tragik itu berlaku.

Susulan itu, BBC turut melaporkan pasangan ini nekad dengan tindakan kejam tersebut kerana enggan menghantar anak-anaknya itu ke pusat kebajikan masyarakat. Menurut Sarah, dia terlalu sayangkan anak-anaknya dan tidak sanggup menghantar mereka kemana-mana.

‘Bapa kandung’ maut dalam peperangan

 

Salah seorang daripada anak mereka memberitahu kepada pekerja khidmat sosial bahawa mereka risau suatu hari nanti mereka juga akan menjadi pembunuh kerana itu yang ibu dan Brandon Machin lakukan. Mereka juga memaklumkan ingin Sarah Barras dan Brandon Machin dipenjarakan selama 300 tahun.

Difahamkan kesemua anaknya itu diberitahu oleh ibunya bahawa bapa kandung mereka telah meninggal dunia di dalam Perang Dunia Kedua. Mereka dikatakan langsung tidak mengetahui hubungan sumbang mahram yang terjalin antara ibu mereka dengan bapa saudaranya itu.

Susulan dengan kes ini, kedua-dua suspek telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan minimum 35 tahun atas kesalahan mereka.

Sumber: Daily Mail, Mirror Uk, BBC

SKIP THIS AD ×