Pemergian penyanyi dan pengacara Adibah Noor pada malam Sabtu mengejutkan dunia hiburan terutamanya rakan-rakan artis dan peminat.
Artikel Berkaitan: ‘Adibah Noor Beritahu Pasal Sakit Beberapa Bulan Lalu’ – Abang
Artikel Berkaitan: Terdiam Dapat Berita Meninggal Dunia, Remy Ishak Anggap Adibah Noor Sebagai Kakak – ‘Masa Saya Sakit Dia Call Bagi Semangat’
Sampai ke akhir hayat tak tutup aurat
Rata-rata berduka dan terkesan apabila kehilangan sebutir lagi permata di negara. Bagaimanapun, ada juga segelintir yang tergamak meninggalkan komen yang tidak sewajarnya.
Seorang netizen yang dikenali dengan nama Ibnu Ahmad Ar-Rayyan mempersoalkan tentang aurat Allahyarham Adibah.
Dah tahu wajib tutup aurat tapi tak buat. Sebab kepala batu keras hati. Menjawab la dalam kubur.
Nauzubillahiminzalik, moga keturunan aku tiada seperti ini. Selamat menjawab soalan di alam barzakh. Good luck.
Dahaga perhatian
kan dah kena,tak pasal² je
sbb tu jangan acah terpaling tutup aurat pic.twitter.com/R8N1TrhEDS— Afzal Zulkifli (@afzal_zulkifli) June 19, 2022
Tindakan individu terbabit yang tidak menghormati keluarga arwah terutamanya telah mencetus kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial.
Pengguna akaun @afzal_zulkifli memuat naik foto individu terbabit yang terdedah auratnya di bahagian pusat dengan kapsyen.
Selain itu, di ruangan komen orang ramai meluahkan rasa marah kerana sanggup mencela orang yang telah meninggal dunia.
Terdahulu, Allahyarham Adibah, 52, menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu, di Hospital Gleaneagles akibat kanser ovari tahap empat.
Sumber: Twitter @afzal_zulkifli