Diam seribu bahasa. Itu respon pelakon Remy Ishak selepas mendapat berita kehilangan selebriti versatil Allahyarham Adibah Noor pada malam Sabtu.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Kongsi Gambar Arwah Adibah Noor Yang Tidak Menutup Aurat’ – PU Riz
Artikel Berkaitan: ‘Dia Tak Beritahu Sakit Kanser Ovari’ – Bapa Arwah Adibah Noor
Artikel Berkaitan: ‘Adibah Noor Beritahu Pasal Sakit Beberapa Bulan Lalu’ – Abang
Mula-mula tak percaya
Ketika ditemui OhBulan! di perkarangan Masjid Al-Ansar Taman Keramat, Remy menyatakan dia mengetahui khabar duka ini daripada isterinya, Ezza Yusof.
Kata Remy, 40, Allahyarham ada di sisinya untuk memberi kata semangat ketika dia berdepan masalah kemurungan yang teruk.
Hubungan saya dengan kak Dibah sangat sentimental. Isteri saya yang beritahu, sebab saya jarang buka laman sosial. Bila dia cakap Adibah meninggal, saya tak terkata.
Saya suruh dia periksa lagi, takut berita tak pasti. Bila dia dah sahkan, saya jadi terdiam… lama juga, sebab tak tahu nak buat apa.
Saya memang rapat juga dengan arwah walaupun orang tak nampak. Masa saya sakit, dia call beri kata semangat. Jadi, saya memang tak terkata.
Tak tahu pasal sakit
View this post on Instagram
Tambah pemilik nama Mohammad Zalimei Ishak, dia perasan dengan perubahan fizikal arwah yang makin kurus namun tidak mengetahui tentang penyakit kanser ovari yang ditanggung.
Saya nampak gambar dia nampak kurus, tapi saya tak tahu sebab ramai orang diet sekarang. Tapi isteri saya cakap, dia kurus yang sakit. Risau juga.
Arwah pun tak pernah beritahu apa-apa fasal sakit dia. Bila dah meninggal, barulah saya tahu.
Remy turut membantu proses pengebumian jenazah Adibah yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat Permai, Taman Keramat, pada jam 11.30 pagi Ahad.
Banyak nasihat
Dalam pada itu, pelakon filem Sangkar memberitahu keakraban dengan pelantun lagu Terlalu Istimewa seperti seorang kakak. Katanya lagi, arwah sentiasa memberi nasihat terutama mengenai masa depan.
Terlalu banyak nasihat… saya kenal dia bukan sekadar penghibur tapi sebagai kakak. Dia selalu nasihat dari segi masa depan, jangan bergantung sepenuhnya kepada dunia hiburan.
Buat sesuatu yang lain, sebab dia lebih berpengalaman dalam dunia hiburan. Banyak nasihat bukan sebagai anak seni, masa saya sakit, dia beritahu apa yang perlu buat.
Kak Dibah pun melalui fasa itu, jadi dia banyak beri nasihat. Arwah seorang yang penyayang dan seorang positif.
Terdahulu, Allahyarham Adibah, 52, menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu, di Hospital Gleaneagles akibat kanser ovari tahap empat.