berita

Cerita Mereka Bikin Malaysia Tersenyum, Hashtag #KitaPowerrr Trending Di Media Sosial

September 9th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ni memang luar biasa kan? Paling best, dekat media sosial pun meriah habis! Dan apa yang menarik perhatian kami ialah perkongsian cerita-cerita rakyat Malaysia melalui hashtag #KitaPowerrr.

Nak tahu sebab apa? Jom baca kisah inspirasi mereka ni, hebat wei!

1. Biar mati berjuang, jangan mati berputus asa – Egy Azira

Menerusi laman Twitternya, Egy Azira berkongsi pengalaman beliau sewaktu berjuang melawan kanser. Bayangkanlah, waktu birthday sepatutnya semua orang seronok dan happy, tapi Azira pula terima berita menyedihkan. Dia sangat kuat wei! :(

2. ‘I swear this uncle is a cats’ whisperer ! ‘ – Miss Rushdi

Cerita Miss Rushdi ni pulak dapat perhatian netizen lepas beliau kongsikan cerita pasal sorang pakcik baik hati yang beri makan kucing di tempat kerjanya. Bukan sikit, banyak wei kucing tu! Comel je tengok semua terkedek-kedek lari kejar pakcik tu bawa makanan. You’re the best Uncle!

3. Sekecil-kecil pertolongan pun boleh buat orang happy!

Haa… cerita versi lucu dan menghiburkan daripada selebriti kacak ni pun boleh tahan power jugak. Tapi, mesej yang beliau nak sampaikan tu paling penting. Korang kena dengar sendiri dulu.

4. Rakyat Malaysia, perpaduan dan Nasi lemak?

Ini antara yang agak luar biasa pada admin. Selalu admin tengok sambutan bulan Kemerdekaan meriah di pejabat, sekolah dan institusi pengajian je. Rupa-rupanya di kawasan taman perumahan pun jiran tetangga bersemangat betul! Ini baru #KitaPowerrr

5. Tak ada siapa yang boleh halang impian kita

Nak berjaya, nak jadi orang senang, nak capai cita-cita tapi masih banyak alasan yang menghalang? Kami rasa korang patut tonton video ni. Admin pada mulanya terkejut pun ada, tapi betullah kata Cik Manggis, takde yang mustahil kalau kita yakin dengan diri sendiri.

 

View this post on Instagram

 

What or Who inspires you? ———— Things may have changed, but our vision remains the same, to be a great Malaysian. I was proud that I got the chance to represent Malaysia in World Championship of Performing Arts back in 2011 and won the title of ‘2011 Grand Champion Dance Group of the World’ with my partner; @Amandus_Paul, even prouder to see him still pursuing his dreams despite his limited ability. I hope this video can inspire all of you and motivate you to pursue your dreams, improve yourself & keep moving forward! Let’s embrace our culture and heritage with LOVE. Yes, we are Malaysian and we are capable of anything sebab #KitaPowerrr! Happy independence day, our Malaysia. ????

A post shared by Cik Manggis | De Fam (@cikmanggis) on

6. Kisah di Stadium Merdeka, 1957

Power tak power, korang kena dengar perkongsian hebat ni dulu. Bukan senang tau nak dengar cerita orang lama.

Apa kisah #KitaPowerrr korang?

Kalau korang nak tahu, hashtag #KitaPowerrr ni diperkenalkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Dengan hashtag ni, rakyat Malaysia lebih mudah berkongsi kisah-kisah best dan menarik yang boleh dijadikan inspirasi untuk semua orang. Korang search je #KitaPowerrr, confirm banyak lagi kisah inspirasi yang lain untuk dibaca atau ditonton!

Dan kalau korang ada kisah #KitaPowerrr jugak, korang dialu-alukan ke laman instagram TNB, kemudian pilih filter AR dan rakam kisah #KitaPowerrr korang tu. Eh, jangan lupa untuk tag @tenaga_nasional tau!

Sebarang maklumat lanjut, korang boleh ke instagram @tenaga_nasional hari ini juga.

SKIP THIS AD ×