berita

Cerita Pelbagai Jenis Kematian Yang Tragis Di Bahagian Kecemasan Hospital Oleh Seorang Doktor

March 6th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Ramai tidak menyedari tugas dan tanggungjawab yang digalas doktor amat penting buat masyarakat. Malah, ada juga kisah-kisah dari pengalaman realiti yang tidak diceritakan kepada umum demi menyembunyikan seribu satu rasa disebalik kisah tragis dilalui mereka.

Seorang doktor, Faiz Mashood kongsi pengalaman ketika berdepan dengan beberapa kes kematian di Emergency Department.

Kematian tak kenal umur

Lama tak menulis life kat hospital. Tapi sebenarnya hampir tiap hari aku monolog dalaman berkaitan kematian ni. Tapi tak bercerita. Bukan apa, tak sempat nak cerita. Kang cerita kat wife muram je suasana dalam rumah. Dalam rumah kena happy environment. Haha…

Kat Emergency Department (ED) ni macam-macam jenis kematian ada.

24 tahun sampai-sampai nadi dah tak de. Taktau sebab. Known case of asthma je. Buat CPR 30 minit still nadi takde. Announce death. That’s it. Kalau aku ditakdirkan mati umur 24 tahun, aku taktau apa je jasa yang aku dah buat. I’m not judging others, just talking about myself.

Baby 1 year old sawan sampai sejam tak berhenti-henti terpaksa intubate takut brain injury. Kalau lama sangat sawan otak kurang oksigen bole jadi cacat/disturbed development. I don’t know what happen then to this baby. I hope baby is well.

Baby 5 months old datang unconscious. Team paramedic dah start CPR 10 minit. History dari babysitter baby tersedak susu. CPR 30 minit. No sign of life. Announced death. Anak sulung. Parents menangis teresak-esak.

Banyak kes kematian di hospital

Gambar hiasan

Pakcik datang nadi 28 je. Sikit lagi nadi nak kosong. Nadi kosong means no heart beat. Normal range 60-100. Bagi treatment tiba-tiba nadi hilang. Pakcik unconscious. Start CPR. 10 saat CPR tiba-tiba terkejut. Nadi datang balik. Hebat Allah. Jantung dah stop beating pun Dia boleh datangkan balik dalam 10 saat je.

Pakcik 60 tahun unconscious. CPR ongoing. Cubaan untuk intubate 3 times fail. Langsung tak nampak ruang untuk masuk ETT (endotracheal tube). Baru perasan kesan jerut di leher. Rupanya pakcik jerut leher untuk bunuh diri.

Adik 16 tahun. Kawan bonceng motor. Adik terjatuh ke belakang kepala terhantuk jalan. Tak pakai helmet. Datang ke ED pupils dilated 4mm. Tanda dah ada brain injury yang agak serius. Ct brain memang ada intracranial bleed. Agak besar. Cerebral edema, otak nampak bengkak. Transfer ke Hospital Sg Buloh untuk pembedahan otak emergency. Belum sempat ke ot adik pulseless (tiada bacaan nadi) di ED Hospital Sg Buloh. CPR 30 mins. A systole. Announced death.

Berapa ramai mati muda tanpa sebab

Gambar hiasan

Kita ni muda-muda terlalu nak enjoy. Konon hidup masih panjang. Padahal berapa ramai mati muda tanpa sebab. Dah mati its either 2 je tempat kita. Lepas tu 24 hours kita sibuk dengan kerja la cari duit la family la entertainment etc.

So try to make 24 hours meaningful. Solat jangan tinggal, aurat jaga, maafkan semua org, jangan panjang-panjangkan gaduh buang ego. Benda ni semua no use. Menyusahkan kehidupan kita lepas mati je. Kalau 24 hours sibuk kerja niatkan kerja kita tu lillahitaala nak tolong orang nak tolong famili or apa2-apa niat yang baik. Berapa ramai pergi balik kerja tanpa apa-apa niat so kerja hanya datangkan gaji tak datangkan pahala. Gaji habis kejap je. Pahala tu je yang kita boleh buat bekalan.

Saya doakan semua berjaya dunia dan akhirat.

Sumber: Faiz Mashood

SKIP THIS AD ×