berita

Cermin Mata Tiba-Tiba Hilang, Netizen Terhibur Tonton ‘Magik’ Dalam Drama Lelakimu Yang Dulu

October 29th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Drama tempatan memang tak pernah lari dari kontroversi! Sebelum ini, ada drama yang pernah ditertawakan netizen gara-gara ‘kantoi’ menerusi beberapa babak di dalam drama tersebut. Antaranya kesalahan dalam penggunaan beberapa peralatan perubatan di hospital.

Kali ini, drama Lelakimu Yang Dulu lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose pula mendapat perhatian netizen. Ada yang layan drama ini tak?

‘Pandai pengarah buat magic

https://www.facebook.com/mohd.zailee/videos/2806659299365863/?sfns=mo

Sedutan dari drama Lelakimu Yang Dulu ini telah dimuatnaik pengguna Facebook Mohd Zailee. Klip pendek ini menyaksikan jelas kesalahan konti cermin mata hitam yang dipakai pelakon Sharnaaz Ahmad ketika babak di dalam kereta bersama Nelydia Senrose itu.

Dalam babak tersebut menyaksikan perubahan ketara pada cermin mata hitam itu ketika peralihan shot pada Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose. Rata-rata netizen kecewa dengan kepekaan tenaga produksi dan pengarah yang kurang menitikberatkan terhadap konti (kesinambungan) pada skrin. Tak kurang juga ada yang gelak besar dengan babak ini!

Silap mata yang mengagumkan

Tidur ke pengarah?

Sumber: Mohd Zailee

SKIP THIS AD ×