berita

Cetak Atas Jersey Masa Bercinta, Rita Rudaini Dedah ‘Airit’ Nama Special Dengan Aidil Zafuan – ‘Hebat Tak Hebat Cinta Mommy & Daddy’

October 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelakon Rita Rudaini tidak lagi perlu diperkenalkan. Selepas bercerai pada tahun 2013, Rita memikul tanggungjawab menyara kedua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Artikel Berkaitan: Nama Rita Rudaini Sekali Lagi Digugurkan, Dedah Ada Terima ‘Offer’ Vaksin Palsu – ‘Maaf La Saya Mencari Rezeki Dengan Ikhlas’

Artikel Berkaitan: Keliru Wajah Sama Dengan Suami, Ayu Raudhah Pernah Terpeluk Aidil Zafuan – ‘Dia Suruh Saya Simpan Rambut Panjang’

Aidil & Rita jadi ‘Airit’

Menerusi hantaran terbaru, Rita, 45, berkongsi foto jersey yang tertera nama ‘Airit’ hasil gabungan namanya dengan bekas suami, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Menurut pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar, dia terjumpa jersey itu ketika sedang mengemas pakaian terpakai lalu ditunjukkan kepada anak terunanya.

Bercerita lebih lanjut, Rita mendedahkan jersey itu adalah kenangan ketika mereka sedang hangat bercinta dan pada masa itu Aidil bermain bola sepak untuk pasukan Negeri Sembilan.

Ceritanya tadi tengah kemas baju-baju lama nak bagi orang. Lepastu terjumpa jersey lama, tunjuk dekat Ryan dan Juna.

Tau tak ni jersey tahun bila? Ni lah jersey masa mommy dan daddy mula bercinta. Daddy main dengan Negeri Sembilan. Lepastu daddy buat jersey Negeri Sembilan untuk mommy dan sambung nama daddy dan mommy jadi la Airit.

Cinta mommy & daddy sampai rentas benua

Dalam pada itu, pelakon drama Shah Alam 40000 menyatakan dia turut menerima soalan daripada individu yang tertanya maksud ‘Airit’. Tambahnya lagi, kedua anak bujangnya kelihatan teruja mendengar kisah percintaan kedua orang tuanya.

Sorang team pengurusan Negeri Sembilan pun mesej mommy tanya ‘Airit’tu apa? Itu lah sejarah bermulanya nama Airit. Hebat tak hebat cinta mommy dan daddy sampai rentas benua lah. Teruja depa (mereka) dengar sebab Ryan kata lamanya nama ni.

Terdahulu Aidil dan Rita berkahwin pada tahun 2008 namun bercerai pada September 2013 di Mahkamah Syariah Seremban. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

 

Sumber: Instagram @ritrud727

SKIP THIS AD ×