berita

Nama Rita Rudaini Sekali Lagi Digugurkan, Dedah Ada Terima ‘Offer’ Vaksin Palsu – ‘Maaf La Saya Mencari Rezeki Dengan Ikhlas’

October 1st, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Pelakon Rita Rudaini mendedahkan namanya sekali digugurkan daripada terlibat untuk penggambaran yang telah lama ‘lock’ selepas drama 100 episod baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Difitnah Rakan Industri, Rita Rudaini Tak Kisah Nama Digugurkan Dari Berlakon -‘Apa Yang Dengki Sangat Dengan Sistur?’

SOP dikriminasi

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Rita, 45, menyatakan produksi drama tersebut bertindak sedemikian semata-mata untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sekali lagi saya digugurkan dari job yang dah lama confirm..Hanya kerana ‘SOP MKN’. SOP dikriminasi. Kenapa perlu ada swabtest lagi bila nak bekerja kalau dah vaksin?

Sama ja dengan SOP sebelum sampainya vaksin. Semua patuh SOP kena swabtest dulu sebelum kerja. Jadi apa bezanya dengan sekarang?

Jangkit? Pembawa? Bukan ke yang dah vaksin pun boleh jadi pembawa.. Apa bezanya? Bezanya memang nak ‘paksa’ walaupun kata tak wajib. Bezanya sekarang Malaysia negara dikriminasi..

Yang dalam kesusahan sampai kena naikkan bendera putih tapi tak nak pula usaha pergi cari yang belum vaksin ini pula kerah usaha pergi cari rumah ke rumah. Kepada Finas tahniah korang memang buat ‘kerja’ dari dulu hingga sekarang. Tolong anak-anak seni dalam kesusahan.

Dapat tawaran vaksin palsu

Dalam pada itu, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar akui ada pihak yang menawarkan kepada dirinya vaksin palsu namun sekerasnya ditolak. Kata Rita, dia enggan menipu diri sendiri dalam mencari sesuap nasi.

Ada pihak tawarkan pada saya vaksin tipu untuk senang bekerja tapi maaf lah. Saya mencari rezeki dengan ikhlas, saya tak perlu nak tipu diri sendiri dan orang lain hanya untuk puaskan SOP kerajaan.

Kerana rezeki kita semua makhluk di muka bumi ni, Allah swt yang pegang. Bagi saya, ini satu ujian DIA pada saya. Dia nak tengok saya sabar atau kecundang dengan ujian DIA atau tidak.

Rezeki kita semua dah tertulis dan saya percaya dengan aturanNya. Dia gugurkan sehelai daun pun ada sebab. Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua.

 

Sumber: Instagram @ritrud727

SKIP THIS AD ×