
Personaliti media sosial dan pelakon, Chazynash mempertahankan dirinya daripada dakwaan gagal menunaikan nafkah dan mengabaikan tanggungjawab selepas bercerai dengan bekas isteri, Fatin Morat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Chazynash Masih Sediakan Bekas Isteri Tempat Tinggal & Kenderaan – ‘Saya Rasa Tanggungjawab & Tak Mahu Peningkan Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Chazynash Bakal Tamatkan Zaman Duda Tahun Depan – ‘Saya Dah Bawa Jumpa Ketiga Anak, Mereka Suka’
Penjelasan Chazynash

Menerusi penjelasan di laman Threads, Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah bersuara berkenaan dakwaan tersebut dengan menyenaraikan jumlah perbelanjaan yang diberikan kepada anak-anak dan bekas isteri.
Jumlah keseluruhan nafkah dan perbelanjaan anak-anak yang saya tanggung setiap bulan adalah RM8,200. Ia merangkumi tempat tinggal, kereta, pendidikan, makan, minum, barang dapur, insurans, internet, bil elektrik, bil air, water dispenser dan upah driver menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah.
Makan tengah hari anak-anak pada setiap hari sekolah pun saya bayar orang untuk masak.
Itu belum termasuk bil telefon bekas isteri yang masih saya bayar sehingga ke hari ini.
Selain itu, saya juga telah memberikan duit mutaah sebanyak RM100,000 kepada bekas isteri sebagai hadiah, tanggungjawab dan ihsan.
Menurut Chazynash, dia juga menanggung kos untuk servis serta memperbaiki kenderaan bekas isteri, dan menegaskan bahawa dirinya memilih untuk hidup bersederhana demi menjaga kebajikan anak-anak.
Jadi saya ingin bertanya, di mana yang dikatakan nafkah itu tidak cukup? Kisah-kisah ini anda tahu ke? Jika tidak, mohon jangan buat kenyataan seolah-olah mengetahui segalanya.
Segala kemewahan, barang-barang di rumah saya itu saya tak ambil walau satu pun. Rumah sewa saya sekarang hanyalah rumah sederhana, malah internet pun tak ada.
Saya memilih untuk berkorban dan menyerahkan segala keselesaan itu demi anak-anak.
Handbag dan emas, saya memang tak kacau.
Luah rasa kecewa

Dalam pada itu, Chazynash turut meluahkan rasa kecewa terhadap bekas adik iparnya yang meninggalkan komen pada satu hantaran di media sosial dengan mendakwa segala perbelanjaan yang disediakan mempunyai syarat tertentu.
Ya, memang ada syarat. Saya dah buat perjanjian jelas dengan bekas isteri, dengan rasa belas kasihan saya, dia boleh terus tinggal di rumah tersebut dan menggunakan segala kemudahan.
Namun, sekiranya dia sudah berkahwin, maka segala kemewahan, kemudahan dan kesenangan yang saya sediakan selama ini akan saya hentikan.
Saya ingin tegaskan dengan penuh tertib, saya hanyalah bekas suami, bukan lagi suami yang wajib menanggung keperluan tersebut selama-lamanya. Tapi hak dan kebajikan amak-anak tetap menjadi keutamaan dan tanggungjawab itu tak pernah saya abaikan.
Terdahulu, Chazynash mengesahkan telah bercerai dengan Fatin pada 23 Januari tahun lalu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Sumber: Threads Chazynash








