berita

‘Che Nah’ Sujud Syukur Terima Lesen Perniagaan Daripada Menteri Wilayah Selepas 35 Tahun Penantian

June 4th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seorang wanita yang merupakan penjaja makanan melakukan sujud syukur selepas penantian selama 35 tahun untuk menerima lesen perniagaan akhirnya tercapai. Menerusi Facebook Helme Hanafi, berkongsi kisah Che Nah yang merupakan ibu tunggal berniaga sendirian selepas kematian suaminya. Lesen perniagaan tersebut disampaikan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Penantian selama 35 tahun

Che Nah ibu tunggal yang memandu sendiri mini van dari Paya Jaras ke Bukit Damansara setiap pagi untuk berdagang juadah pagi. Che Nah adalah ikon melawan kemiskinan bandar!

Dulu berniaga bersama suami. Selepas suami meninggal dunia beliau berdagang sendiri. Gigih memasak dan menjual setiap hari.

Ramai lagi penjaja yang gigih berniaga, tapi tiada lesen, boleh mohon dengan DBKL, akan dipermudahkan, yang penting mahu berusaha. Polisi kemanusian ini diterapkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan TS Annuar bagi menyemarakkan kempen perlawanan melawan miskin bandar.

Menurut Helme, kegigihan dan kecekalan Che Nah untuk meneruskan perniagaan walaupun selepas kematian suaminya amat mengagumkan. Selain itu, penyerahan lesen kepada penjaja merupakan salah satu polisi kemanusian bagi menyemarakkan lagi kempen perlawanan melawan miskin bandar.

Terima kasih Ya Allah

Terima kasih Ya Allah, terima kasih Ya Allah.

Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa kerana membantu mendapatkan lesen ini. Ia hadiah istimewa kepada saya.

Menerusi laporan Harian Metro, Che Nah meluahkan rasa syukur selepas penat lelah turun naik pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mendapatkan lesen perniagaan akhirnya berhasil. Walaupun pernah diberi pelbagai alasan termasuk lesen dibekukan, ianya tidak mematahkan semangatnya untuk terus memohon. Akhirnya dia kini berjaya berniaga secara sah.

Lawan miskin bandar

Kita bagi bukan pada Che Nah seorang, ramai lagi. Saya akan buat pengumuman nanti berapa tempat yang kita akan benarkan seperti yang saya katakan ada 103 lot di Berjaya Times Square.

Tan Sri Annuar Musa turut menyatakan bahawa pihaknya kini sedang giat melakukan kempen melawan miskin bandar dengan memberi lesen perniagaan kepada penjaja dan peniaga yang memohon lesen menerusi DBKL. Kegigihan Che Nah harus diberi contoh kepada peniaga lain untuk mencari rezeki di sebalik kesusahan hidup yang dialami.

Sumber: Helme Hanafi, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×