Sebelum ini, resepi masakan tradisi yang dimuat naik oleh chef pempengaruh, Chef Dave dikecam warganet serta masakannya disamakan dengan najis.
Artikel Berkaitan: Juri MasterChef Australia, Jock Zonfrillo Meninggal Dunia Di Usia 46 Tahun
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Berniat Untuk Mencaci & Mengutuk Masakan Awak’ – Nabila Huda Dikecam Gara-Gara ‘Bahan’ Resepi Nasi Goreng
Guna bahasa yang baik
Chef Dave yang terkenal dengan perkongsian resepi berasaskan tumbuhan berkata rasa hormat terhadap makanan tradisi dan juga menggunaan bahasa yang baik semasa menggunakan media sosial adalah perkara asas yang perlu ada dalam diri setiap individu.
Ini adalah berkenaan kita punya rasa hormat terhadap makanan. Makanan itu adalah makanan tradisional tetapi disebabkan warna yang hijau, ada segelintir orang yang kaitkan makanan itu dengan najis lembu.
Jadi saya rasa ianya adalah budi bahasa yang asas yang perlu ada ketika menggunakan sosial media. Gunalah budi bahasa yang baik.
Dalam pada itu, dia juga menegaskan bahawa dia tetap akan mempertahankan makanan tradisi negara ini walaupun dikecam hebat oleh mana-mana individu.
Bagi saya itu adalah masalah mereka dan bukan masalah saya, namun saya tetap respon terhadap komen-komen tersebut kerana saya mahu mempertahankan makanan Malaysia.
Kalau orang kecam makanan kita tak kira lah makanan Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Sabah, Sarawak…saya perlu pertahankan.
Sebagai contoh, saya tak suka makan tempoyak tetapi saya tidak akan berdiam jika ada orang yang mempermainkan tentang tempoyak.
Chef Dave berkata demikian semasa ditemui OhBulan! ketika pelancaran restoran Rightside di Petaling Jaya baru-baru ini.
Sementara itu, pihaknya sebelum ini pernah mengambil tindakan dengan memadam komen-komen negatif namun bagi kes tersebut ianya tidak dapat dikawal.
Sebenarnya saya jarang ‘block’ mereka, tetapi kalau boleh saya akan cuba suruh team saya untuk padam komen-komen yang negatif supaya saya tak baca kerana ia beri kesan terhadap kesihatan mental saya. Tapi untuk kes ini kami tak boleh nak elak kerana terlalu banyak komen.