berita

Go To Hell With Your Opinion! – Chef Wan Tempelak Haters Di Instagram

October 14th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-10-14 at 10.23.46 AM

Lama tak dengar berita selebriti chef paling popular, Chef Wan ni kan? Kali terakhir kami dengar kisah dia melawak tentang penemuan pintu kapal terbang MAS.

artikel Berkaitan : ‘Pintu Jamban Rumah Cik Kiah’ – Chef Wan Bergurau Penemuan Pintu Kapal Terbang MAS

Selepas kes tersebut, belum ada lagi kontroversi yang dicetuskan oleh chef terkemuka ini. Malah, kami tengok bukan main seronok lagi Chef Wan bercuti sana sini.

Tetapi, sedang kami asyik scroll timeline Instagram malam tadi, kami terbaca status Chef Wan yang seolah-olah sedang bengang. Hah! Dah kenapa pula ni?

Screen Shot 2014-10-14 at 10.58.46 AM

Screen Shot 2014-10-14 at 10.23.13 AMMemetik status tersebut, Chef Wan sebenarnya menempelak haters-haters yang banyak memberikan komen negatif terhadap dirinya. Amboiii, marah betul siap cakap ‘go to hell with your opinion’!

Difahamkan, sebelum ini ada pengikut Instagran Chef Wan yang mengatakan Chef Wan sengaja ingin menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliki.

Tapi sebenarnya, Chef Wan menunjukkan sebuah kedai di Chiang Mai sebagai guideline bagi sesiapa yang ingin bercuti ke sana dan membeli belah. Itu pun dilakukan setelah ramai yang bertanya. 

Maka, tak hairanlah kalau Chef Wan naik angin dengan tuduhan-tuduhan tak berasas begitu kan? Ada benarnya kata Chef Wan, dia yang kerja setengah mati mencari rezeki halal, orang lain nak sentap apasal?

Biasalah, adat jadi selebriti ada yang menyokong kita, ada yang tidak. Well, haters gonna hate. Tak gitu?

Kredit Foto : Instagram Chef Wan

SKIP THIS AD ×