Rona warna hitam pasti menjadi pilihan si pemakai kerana dipercayai rona hitam adalah warna penyelamat dalam bergaya.
Ini kerana, dengan pemilihan warna hitam sedikit sebanyak dapat menutup cacat cela dalam setiap langkahan yang dilakukan.
Tidak pula bagi aktres british berumur 24 tahun ini, iaitu Chelsee Healey ini kerana setiap penggayaan Chelsee pasti akan berakhir dengan bencana.
Chelsee yang cuba bergaya dengan hanya memakai set hitam sepadan seluruh tubuh membuktikan bahawa beliau merupakan bencana terhadap rona warna yang dipakainya.
Aktres yang lahir di Salford, Greater Manchester ini memperagakan baju dan seluar ketat hitam yang dikombinasikan dengan beg tangan besar berwana merah jambu serta sepatu tinggi yang sarat dengan perincian mewah.
Perubahan besar aktres tersebut bakal mendapat kritikan negatif terhadap pakaian yang beliau peragakan.