Masih ingat lagu yang popular sekitar June 2011? Beliau adalah selebriti yang berpakaian ala-ala hip-hop melalui tepi-tepi jalan dengan mengusung radio besar dalam muzik video ‘Swagger Jagger’.
Kini penyanyinya bakal berubah arah dimana Cher Lloyd bukan sahaja menumpukan pada bidang nyanyian, malahan beliau juga telah melancarkan simbahan wangian terbaru yang pertama seawal usia 19 tahun dalam memenuhi kehendak dan citarasa si pencinta wangian.
Wangian yang berunsurkan White Chocolate, Kiwi, Vanilla Pods, Jasmine Petals, Orchid, Dan Golden Quince membuatkan si pengemar wangian berasa ‘lapar’ untuk memilikinya. Wangian segar ini digabung khas untuk mencapai haruman seakan-akan bauan wangian Cher Lloyd.
Simbahan wangian ini didatangkan khas daripada botol berbentuk ‘Diamond’ dimana botol tersebut memberi simbol ironik untuk memberi peringatan kepada si pemakai walauapapun terjadi, diri sendiri merupakan sesuatu anugerah yang teristimewa.
Kombinasi botol berbentuk ‘Diamond’ dengan warna merah jambu terang diilhamkan daripada adengan’ Disney cartoon’ sebagaimana yang ditonjolkan daripada rancangan tersebut.
Penyanyi tersebut juga berharap dengan pengeluaran wangian tersebut, si pemakai berasa yakin dan sentiasa kuat terhadap diri sendiri dalam kehidupan seharian yang ditempuh.